Cari...

Gaya Hidup Kecantikkan Kesihatan

Khasiat Buah Epal Membuatkan Kulit Anda Berseri

Kongsi
khasiat buah epal

Semua orang kenal dengan bentuk buah epal bukan? Bukan itu saja, khasiat yang banyak terkandung di dalam buah epal juga sangat bagus untuk tubuh badan manusia. Buah epal sangat mudah didapati mana-mana pasaraya, pasar basah, gerai buah-buahan dan banyak lagi. Buah ini juga sangat bagus dimakan semasa masih segar. Lebih baik jika dipetik secara langsung dari pokoknya.

Pada masa dahulu, buah epal dianggap mewah kerana bersebelahan dengan buah anggur. Secara perlahan-lahan, tahap buah epal mula turun seperti rambutan, durian, duku dan juga langsat.

Khasiat Buah Epal

Buah epal juga sangat kaya dengan khasiat yang tinggi dengan kandungan vitamin dan paling penting ia juga memberi kesan yang baik buat kecantikan kulit wajah seperti Alpha Hiroxy Acid, epal hijau, epal mini dan epel batu dari Jawa Timur.

Berikut merupakan beberapa tips kebaikan buah epal untuk kecantikan kulit secara semulajadi yang harus anda ketahui.

1. Membuang sel mati

khasiat buah epal
profhariz.com

Tahukah anda, buah epal juga berfungsi sebagai memnghapuskan sel-sel kulit mati dan mencegah dari timbulnya kedutan pada kulit wajah. Caranya juga sangat mudah, hanya perlu sapukan kulit buah epal yang sudah sedia diparut ke seluruhan kulit wajah dan biarkan selama 15 minit. Sebaik saja selesai, anda boleh cuci wajah dengan menggunakan air suam-suam kuku sehingga bersih. Amalkan rutin setiap hari sehingga anda mendapatkan keberkesanan yang memuaskan.

2. Menyingkirkan kulit berminyak

khasiat buah epal
cleanandclear.co.id

Memiliki kulit yang berminyak sememangnya tidak memberikan keselesaan dan keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang. Namun dengan menggunakan buah epal yang dicampurkan madu asli secukupnya, ia boleh dijadikan sebagai masker wajah dengan cara menyapukan masker tersebut ke bahagian wajah dengan rata. Biarkan selama 10 minit dan bilaskan wajah anda dengan air yang bersih.

Baca juga  Wanita Di Hong Kong Di Cadangkan Untuk Kencing Berdiri

3. Hilangkan eye bag

khasiat buah epal
draxe.com

Mungkin bagi gadis Korea, memiliki eye bag sangat digemari dan di anggap bagus. Namun bagi kita, memiliki eye bag sudah cukup menganggu penampilan seharian. Untuk menghilangkan permasalahan tersebut, anda boleh cuba sapukan jus epal dengan kentang yang sudah diparut ke bahagian eye bag. Ditutupi dengan menggunakan air yang sederhana panas selama 20 minit. Akhir sekali anda boleh bersihkan dengan menggunakan air suam panas ke wajah.

4. Pelembab kulit wajah

khasiat buah epal
/htgetrid.com

Jika ingin memiliki kulit wajah yang lembut dan lembab, anda boleh saja menggunakan buah epal yang sudah diparut halus dan dicampurkan madu secukupnya untuk dijadikan sebagai masker. Biarkan ia sehingga betul-betul kering, barulah boleh dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.

Sangat mudah memiliki kulit wajah yang cantik bersehi hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa mengeluarkan pembelanjaan yang banyak untuk cantik berseri. Sekian petikan dari CiriCara.com.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *