Cari...

Info Menarik Kecantikkan Kesihatan Pendidikan Tips Menarik

Khasiat Buah Delima Untuk Awet Muda

Kongsi
khasiat buah delima

Khasiat buah delima membantu mengekalkan keanjalan kulit kerana kaya dengan vitamin C. Vitamin C berguna untuk membantu menghasilkan kolagen kulit yang sihat. Zat antioksida pula melindungi kulit daripada terkesan dengan pencemaran dan mencegah penuaan kulit serta kanser kulit. Di samping itu, buah delima berupaya membantu proses pembaharuan kulit, menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencegah kulit kusam.

Sumber asid folat dan antioksida dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit yang mati.

Khasiat Buah delima untuk kesihatan

Buah delima memberi banyak khasiat kepada kita, dan jika anda ingin tahu tentang khasiatnya yang lain mungkin anda tidak tahu. Buah delima mengandungi bahan antioksidan yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.

Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer. Mari lihat khasiatnya yang lain:

Melindungi Jantung

Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

Baca juga  Buat Detox Sendiri Dirumah, Boleh Bakar Lemak Dengan Mujarab

Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer.

Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

Foto: hellosehat.com

Sumber nutrisi

Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Mencegah dan mengubati kanser

Delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

Kandungan gula

Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

Buah delima melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Baca juga  Anak Yang Bijak Sebenarnya Genetik Dari Ibunya-Kajian

Baik untuk bayi

Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *