Cari...

Gaya Hidup Style

Ketahui Personaliti Melalui Pemakaian Cincin Di Jari

Kongsi

Anda boleh ketahui personaliti seseorang melalui cara pemakaian cincin di jari mereka. Sejauh manakah kebenarannya? Sama ada percaya atau tidak, letak ke tepi dulu. Anda boleh membacanya sekadar untuk menambah ilmu.

Bagi wanita, memakai cincin di mana-mana jari dibolehkan. Tetapi, bagi lelaki pula mengikut sesetengah pendapat ulamak, hanya jari manis dan telunjuk sahaja dibenarkan.

Cincin yang dipakai atau disarung adalah bertujuan untuk perhiasan. Ia juga sebagai tanda individu tersebut sudah berpunya mahupun telah mengikat tali pertunangan atau pernikahan.

Ada sesetengah individu pula yang tidak boleh memakai langsung perhiasan di jari kerana sensitif dan sebagainya. Jom kenali personaliti si pemakai cincin mengikut jari yang yng disukainya. 

1) Ibu jari

Orang yang pakai cincin di ibu jari dikatakan mencerminkan kehendaknya yang ingin menguasai sesuatu biarpun berdepan dengan situasi yang sukar dan mencabar.

2) Jari telunjuk

Katanya orang yang suka pakai cincin dekat jari telunjuk ini sebenarnya suka menguasai sesuatu ilmu itu. Orang itu sangat suka kalau menjadi seorang ketua untuk apa-apa jenis keadaan.

3) Jari hantu

Ini menunjukkan dia seorang yang selalu mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan kesejahteraan dan kedamaian. Dia tidak suka dengan pertelingkahan dan kehancuran.

4) Jari manis

Empunya badan ni katanya seorang yang berminat dengan hal-hal yang berkaitan dengan percintaan. Maka dia seorang yang romantik dan penyayang.

5) Jari kelingking

Ia mencerminkan keperibadian yang lebih menjurus kepada hal-hal berkaitan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan. Hanya si pemakai je boleh mengiyakan atau menidakkanmya.

Sekian itu saja yang boleh kita kongsikan tentang personaliti melalui pemakaian cincin di jari. Kongsikan kepada rakan yang suka memakai cincin.

Baca juga  Buat Detox Sendiri Dirumah, Boleh Bakar Lemak Dengan Mujarab
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *