Cari...

Psikologi

Ketahui Personaliti Lelaki Melalui Bentuk Hidung

Kongsi
bentuk hidung

Tahukah anda cara untuk ketahui personaliti lelaki melalui bentuk hidung? Mesti anda tertanya-tanya bukan? Hal ini kerana manusia ada karenah nya masing-masing dan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan orang bentuk hidung sedemikian mengalami ciri-ciri yang sama.

Banyak perempuan di luar sana tidak mengetahui perkara ini. Jadi, untuk mengetahui serba sedikit tentang personaliti lelaki, mari kita baca tentang bentuk hidung dalam mempengaruhi hidup lelaki tersebut.

Foto: Tribunnews.com

Ketahui Personaliti

Mari kenal lelaki melalui hidungnya, bak kata pepatah, hidung belang itu bermaksud orang yang menipu tapi nak nampak belang pada hidung itu mungkin jika seorang lelaki itu sunburn la ye tak? Karekter lelaki juga boleh dikenalpasti hanya dengan melihat bentuk hidungnya.

Hidung agak besar 

Lelaki berhidung agak besar mencerminkan sikapnya yang mudah tersentuh apabila dia menyintai pasangannya. Boleh dikatakan lelaki jenis ini bernafsu besar terhadap pasangan walaupun diselubungi sifat pemalas. Jadi hindari diri daripada menjadi malas kerana ini satu-satunya sifat yang membuatkan kamu nampak tidak macho!

Hidung agak besar dan bulat

Lelaki jenis ini adalah lelaki yang sukakan pada fesyen terkini dan tidak terlepas untuk meng-update kan diri dengan fesyen terkini.Ini juga membawa maksud kamu tidak gemar diperlekehkan oleh orang lain. Selain itu, kamu suka diberi perhatian. Jika sesuatu tidak mengikut kehendak kamu, kamu pasti akan protes!

Hidung agak besar bahagian bawah 

Mencerminkan seseorang yang tidak pandai untuk menyimpan wang. Si dia akan menghabiskan semua duit demi wanita yang di sayangi tanpa menghiraukan dirinya yang bakal papa. Untunglah mereka yang disayangi oleh lelaki sebegini. Selain itu, sifat baik lelaki ini juga adalah mereka tidak sesekali bersangka buruk kecuali dengan bukti yang nyata.

Baca juga  Wanita Lebih Hebat Menyembunyikan Kecurangan Berbanding Lelaki

Hidung agak besar tapi mancung 

Mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri. Walaupun hidung mancung ini biasanya seorang yang hensem dan segak namun terselit juga mereka yang hidung mancung ini sebenarnya seorang yang angkuh dan mementingkan diri. Mereka tidak pandai menjaga hati pasangan dan sentiasa fikir mereka betul

Hidung agak besar tapi penyek

Mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif. Mereka yang mempunyai hidung sebegini menurut ramalan adalah seorang yang tidak mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Mereka tidak agresif dan selalunya sukar untuk melakukan sesuatu inisiatif baru. Mereka lebih kepada menerima apa sahaja daripada mencipta kenangan sendiri. Boleh dikatakan seorang yang membosankan!

Hidung agak kecil 

Mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita. Sedih juga mendengar ramalan bagi lelaki hidung kecil kerana mereka ini otaknya cergas namun hidup mereka menderita. Menyedihkan kerana mereka yang memiliki hidung jenis ini harus berusaha lebih untuk diri sendiri

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *