Cari...

Gaya Hidup Style

Ketahui Sifat Wanita Yang Menyukai Warna Biru

Kongsi

Warna-warna yang lembut dan juga menawan menjadi pilihan ramai wanita, malah ada juga diantara lelaki yang meminat warna-warna lembut selain warna garang dan lembut. Antara warna lembut yang menjadi kesukaan adalah warna biru.

Warna biru merupakan salah satu warna yang menenangkan dan menarik. Apabila seseorang mengenakan baju biru, dia akan kelihatan lebih elegan, tegas dan bijak. Wanita juga dianggap secocok bukan sahaja untuk perempuan tapi si lelaki juga.

Foto: tokopedia.com

Jika anda perasan, sesiapa yang meminati warna biru selalunya mempunyai peribadi yang sangat lembut dan penyayang. Sejauh mana kebenarannya? Mari kita selongkar personaliti mereka yang meminati warna lembut ini.

Personaliti Yang Santai & Tenang

Foto: winnetnews.com

Seseorang yang suka warna biru mempunyai personaliti yang sangat menarik. Pakar mendedahkan bahawa mereka yang suka biru adalah mereka yang penyabar, penyayang dan setia.

Sifat mereka yang sangat lembut itu biasanya seorang yang tidak suka bersosial. Mereka lebih gemar duduk dirumah dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Apabila melakukan sesuatu, mereka akan merancang sesuatu dengan baik. Individu sebegini juga akan mengatur semua agenda yang ada dengan baik dan kemas untuk meminimumkan masalah atau sebarang halangan.

Walaubagaimanapun, nak diingat keperibadian individu tidak hanya bergantung kepada warna kegemaran tetapi banyak faktor lain juga. Kajian di atas dibuat berdasarkan pemerhatian/pemantauan beberapa pakar psikologi.

Baca juga  Sifat Cinta Jujur Seorang Wanita Dalam Hubungan
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *