Cari...

Pertanian

Ketahui Khasiat Dan Kebaikan Nanas Madu

Kongsi

Buah nanas madu memiliki rasa yang sangat sedap, kaya dengan nutrien buah-buahan tropika yang menyediakan banyak kebaikan untuk kesihatan. Tambahan pula, khasiat nanas dengan kandungan kalorinya yang rendah menjadikan ia digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai satu bahan untuk merawat pelbagai penyakit bermula dari tidak hadaman sehinggalah sebagai penawar semula jadi untuk alahan.

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia adalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah baka baik herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas madu tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna “buah yang sangat baik”.

Khasiat nanas yang terkandung dalam buah ini adalah disebabkan kandungan vitamin C nya yang tinggi serta vitamin B1, Potasium dan manganese. Selain itu, ia turut mengandungi khasiat lain seperti bahan antioksidan yang membantu mencegah pembentukan penyakit.

Apa yang kebanyak orang tidak sedar mengenai buah yang lazat ini ialah ia bahkan lebih banyak kegunaan kepada manusia berbanding hanya sekadar menjadi minuman jus yang menyegarkan. Buah nanas menganduni phytonutrien yang bertindak seperti ubat untuk mengurangkan simtom-simtom kepada kebanyakan jenis penyakit sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Walaubagaimanapun, selain daripada khasiat yang terkandung di dalamnya, buah ini mudah untuk didapati, tidak mahal serta banyak resipi yang boleh dibuat menggunakannya dan ternyata isinya yang lebut yang berjus bergitu sedap.

Baca juga  Kebaikan Daun Pandan Untuk Memulihkan Buah Pinggang

9 Khasiat Buah Nanas Madu Yang Perlu Anda Tahu

1. Kaya dengan sumber Vitamin C

Buah nanas memenuhi sebanyak 131% daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti vitamin C ini. Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batu, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.

Bertindak sebagai antioksidan, ia memiliki keupayaan untuk mengsintesis kologen yang merupakan protien utama di dalam badan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihata salur daran dan organ-organ dalaman.

Vitamin C yang terkandung dalam buah nanas ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran matahari dalam waktu yang lama atau kulit yang kering.

Anda juga boleh menjadikannya sebagai ramuan untuk disapu pada badan anda. Kandungan vitamin C yang ada dalamnya dapat membantu tubuh badan anda untuk melawan punca-punca penyebab kanser.

2. Kaya dengan serat

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurankan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah. Diabetis jenis 2 mungkin menunjukkan tanda-tanda pemulihan kandungan gula dalam darah, lipid serta insulin.

Mengetahui bahawa sebiji buah nanas yang sederhana besar mengandungi kira-kira 13 gram serat. Maka, pengambilannya merupakan satu langkah yang baik untuk memaksimumkan tahap kesihatan. Disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi, salah satu khasiatnya ialah dapat membantu mencegah sembelit serta akan meningkatkan kesihatan saluran pencernaan.

3. Meningkatkan kesuburan

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Hal ini disebabkan oleh radikal-radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan.

Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah nanas akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas ini dan sangat baik untuk rahim wanita. Nanas merupakan makanan yang boleh baik pulih tahap kesuburan rahim , kerana nanas mengandung enzim yang disebut bromelain, yang dikenal memiliki mampu meredakan radang pada rahim.

Baca juga  Sel Kanser Alah Kepada Daun Remunggai (Moringa)

4. Boleh Membakar Lemak

Buah nanas mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh dan menjadi punca pembakar lemak dalam badan untuk berjalan dengan lancar. oleh itu, jadikanlah nanas sebagai snek harian anda

5. Bantu Membentuk Tulang Yang Kuat

Buah nanas sangat baik untuk membentuk tulang yang kuat. Gabungan beberapa mineral yang ada di dalam buah ini dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Banyak khasiat yang anda boleh perolehi dari buah nanas. Pengambilan buah nanas bertindak sebagai satu bantuan berkesan untuk memecahkan protein kepada peptida serta asid amino. Ia mampu menghilangkan tanda-tanda sakit di kolon dan membantu sistem penghadaman secara normal. Semoga dapat membei manfaat kepada anda.

6. Mengurangkan rasa sakit sengugut

Haid atau menstruasi yang datang setiap bulan biasanya membawa rasa sengugut yang agak menyakitkan. Ada sesetengah orang akan berasa sakit di bahagian pinggan, rahim, dan rasa loya. Nanas madu dengan sifatnya yg kurang tajam dari nenas biasa mampu membantu anda mengurangkan sedikit rasa yang dialami semasa datangnya sakit sengugut.

7. Mengawal kadar kolestrol dalam badan

Vitamin C dan kandungan serat dalam nanas madu mampu mengimbangi serta mengawal kolestrol dalam badan serta dari faktor pemakanan yang kita ambil.

8. Mencegah dari batuk yang berpanjangan

Kandungan Vitamin C yang tinggi didalam Nanas madu menstabilkan dan meningkatkan sistem imun tubuh untuk menapis berbagai macam virus yang mempengaruhi kesihatan badan. Selain itu, enzim bromelain didalam nenas madu mempunyai kelebihan untuk mencairkan lendir semasa anda menghidapi batuk berkahak.

9. Menjaga kesihatan gusi

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam nanas madu membantu mencegah dari terkena penyakit gusi berdarah. Gusi berdarah lazim dihidapi oleh pesakit yang kurang vitamin C dalam badan.

Baca juga  Pokok Kaktus Tertinggi Didunia, Mencapai Ketinggian 3 Tingkat

Itu antara kebaikkan khasiat madu nanas yang sangat mudah untuk diperolehi sekarang dengan harga yang sangat berpatutan. Rasa nya yang lebih manis dari nanas biasa membuatkan nanas madu ini diminati ramai.

Sumber: pesonapengantin.my /wikipedia/

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *