Cari...

Hubungan

Ketahui Kelebihan Berkahwin Dengan Wanita “Ulat Buku”

Kongsi

Jarang kita mendengar ciri-ciri wanita idaman lelaki yang didalam senarain ya itu menginginkan wanita yang hobinya membaca buku atau lebih dikenali sebagai seorang ulat buku.

Selalunya yang kita dengar ialah, lelaki lebih sukakan wanita yang lebih matang dari segi usia, seorang yang cantik,setia dan berpelajaran. Namun sangat sukar mencari lelaki yang sukakan wanita suka membaca.

Ketahuilah bahawa, banyak kelebihannya jika anda memilih wanita ‘ulat buku’ sebagai teman hidup anda. Jangan ingat mereka ini seorang yang membosankan ya! Jom ketahui kelebihan wanita ‘ulat’ buku’ ini.

Anda belajar banyak benda dari si dia

Sama ada perspektif kehidupan baru atau sekadar fakta rawak yang menyeronokkan, segala yang diperolehinya selepas membaca ribuan halaman. Contohnya, dia dapat berkongsi banyak pengetahuan yang diperolehi dari buku dengan anda dan anak-anak.

Foto: The Vocket

Dia seorang yang empati

Empati maksudnya daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Menurut kajian psikologi tahun 2009, orang yang mempunyai sikap empati adalah mereka yang suka membaca. Oleh itu, apabila anda mempunyai hubungan dengan seorang pencinta buku, dia akan lebih terbuka untuk memahami dan berkongsi idea serta perasaan dengan orang sekeliling, termasuk anda.

Foto: iyulachmad.wordpress.com

Kehidupan anda tidak akan bosan dengannya

Selalunya wanita begini ada saja idea untuk dibuat topik perbualan, anda tidak akan rasa bosan apabila anda bersamanya. Tanya apa sahaja, mereka pasti akan menjawabnya dengan mudah!

Dia tahu habiskan kualiti masa dengan sendiri @ berdikari

Tak jumpa dan habiskan masa bersama anda, dia tak kisah sebab dia ada jalannya. Lagi satu, anda si lelaki nak ke bersama dengan perempuan yang asyik berkepit 24 jam? Tak jumpa dan habiskan masa bersama anda, dia tak kisah sebab dia ada jalannya. Lagi satu, anda si lelaki nak ke bersama dengan perempuan yang asyik berkepit 24 jam?

Baca juga  Hancur Hati Kerana Cinta, Ini Cara Untuk Mengatasinya

Tak pening kepala nak pilih hadiah

Merupakan nightmare setiap kali nak pilih hadiah untuk si dia, perasaan di mana dia suka ke? Kalau nak beli teddy bear, dia terima ke, takut silap hari bulan dilemparnya. Kalau barang kemas, takut bukan stail yang dia suka. Boleh migrain kalau difikirkan tentang hadiah. Anda tidak akan pernah mempunyai masalah kalau si dia jenis yang ulat buku. Hanya perlu periksa rak buku untuk melihat koleksi buku yang menjadi kegemarannya sebelum surprise dengan buku yang baru.Foto – Mental Floss

Banyak kelebihan mereka ini, selain seorang yang bijak, cantik dan matang. Ramai diantara mereka merupakan seorang yang sangat peramah dan menyeronokkan! Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *