Cari...

Kesihatan

Ketahui Faktor Dan Tanda Awal Kanser Payudara

Kongsi

Barah payudaya adalah pembunuh no 1 wanita, belum ada penawar kepada mereka yang mengidap kanser. Jika kanser tersebut masih diperingkat awal iaitu tahap 1 dan tahap 2, kemungkinan besar masih boleh dirawat. Tetapi jika sudah ke tahap 3 dan 4, kemungkinan besar untuk pulih adalah tipis.

Setiap wanita harus tahu bagaimana untuk memeriksa sendiri bahagian payudara untuk langkah berjaga-jaga. Jika malu untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan, anda boleh melakukannya sendiri dirumah.

Foto: urbanwomanmag.com

Faktor Barah Payudara

1. Umur

Umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.

2. Sejarah keluarga

Terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser

Pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Datang haid awal

Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

5. Lewat melahirkan anak

Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun

Tanda barah payudara

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.

Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.

Baca juga  Serbuk Kopi Salah Satu Cara Untuk Hilangkan Selulit Dengan Berkesan

Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.

Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.

Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema. Sekian petikan daripada theasianparent.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *