Cari...

Gaya Hidup

Ketahui 3 Cara Tangguh Haid Dengan Selamat Dan Berkesan

Kongsi

Pernahkah anda mengalami masalah sebegini yang boleh mendatangkan sakit hati dan menjengkelkan. Contohnya, beberapa hari lagi anda akan berangat pergi menunaikan umrah, namun dua hari sebelum berangkat, anda didapati sedang datang bulan secara tidak langsung hajat anda untuk menunaikan umrah terpaksa dilupakan seketika. Rasa sering bercampur baur dari gembira menjadi suram dan termenung memanjang.

Ada juga yang sudah punya rancangan ingin pergi bercuti bersama keluarga dan pergi ke tempat yang memiliki pulau-pulau yang cantik tempat untuk bermandi manda dan skuba, tapi saat-saat akhir anda telah datang bulan dan sepanjang percutian itu terganggu akibat dari haid. Bagaimanakan caranya menunda datang bulan dengan cara yang berkesan dan selamat tanpa ada sebarang kesan sampingan mengamalkannya.

1. Makan pil perancang

hijabnheels.com

Makan pil perancang setiap hari secara rutin. Sekiranya anda makan pil perancang dalam beberapa hari, secara tidak langsung, haid anda akan berhenti keluar. Manakala haid akan kembali seperti biasa sekiranya anda berhenti makan pil perancang.

Anda mesti mengambil tahu tentang jenis-jenis pil yang asli ataupun pil yang kosong serta dapatkan rujukan dan nasihat dari pakar doktor kesihatan terlebih dahulu sebelum mengunakannya. Beritahu kepada doktor yang anda harus mengambil perjalanan yang panjang dan terpaksa menangguhkan haid buat sementara waktu.

Sebaik saja anda berhenti dari megamalkan pil perancang, secara semulajadinya anda akan mengalami tompok-tompok darah dan ianya adalah satu perkara biasa. Bagi sesetengah wanita yang mengalami darah yang terlalu banyak, seharusnya anda pergi terus berjumpa dengan doktor dan doktor akan mengantikan pil yang anda makan dengan pil jenis yang lain.

2. Minum ubat jenis Norethisterone

beritaluarbiasa.blogspot.com

Pil norethisterone selalunya diambil bagi menangguh haid bagi wanita yang sedang dalam perancangan keluarga. Dadah jenis norethisterone ini juga turut mengandungi progesteron tiruan yang hanya boleh digunakan bagi merawat rasa sakit ketika mengalami haid ataupun mengalami pendarahan secara berlebihan semasa haid, perancangan keluarga ataupun menangguh haid.

Baca juga  Masjid Bergerak, Boleh Solat Walaupun Berjalan Jauh

Ubat penangguhan haid ini hanya boleh ditebus dengan preskripsi ataupun mempunyai perancangan mengammbil satu perjalanan yang panjang sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapat sukatan yang sepatutnya.

Cuba dulu dalam makan ubat ini sekurang-kurangnya 3-4 hari sebelum waktunya datang haid. Anda boleh meneruskan pengambilan makan ubat ini mengikut saranan dari doktor serta sukatan yang diberikan sehingga tempoh anda kembali semula.

Sebaik saja tempoh masa sudah tiba, anda boleh saja berhenti dari makan pil tersebut. mungkin ia mengambil masa dalam 10 hingga 15 hari untuk kembali normal seperti biasa. Sekiranya anda tidak datang haid selepas hari ke 15, seboleh-bolehya anda pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

Mengambil berat tentang pengambilan ubat-ubatan ini. Bagi wanita yang menhidapi pembekuaan darah.

3. Cara yang lain

my.theasianparent.com

Makan pil perancang bukanlah satu-satunya jalan bagi menunda perjalanan darah haid buat seketika. Anda juga boleh melakukan pemasangan IUD progesteron, suntikan progestin atau memakai cincib khas pada bahagian faraj (NuvaRing).

Rujuk pada doktor pakar jika anda sudah membuat keputusan yang muktamad dan sesuai dengan gaya hidup anda.

Sebelum anda mulakan menanda kitaran haid anda, perkara ini harus anda perhatikan terlebih dahulu

prettilyrare.com

Elakkan diri dari minum ubat-ubatan yang mengandungi hormon bagi menangguh kitaran haid anda. Sekiranya anda masih berdegil kitaran haid anda akan terganggu dan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan anda juga.

Walaupun pil perancangmudah saja untuk didapati di farmasi atau kedai ubat berdekatan, sebaiknya anda merujuk kepada pakar puan dan mereka akanmenilai jenis ubat yang bersesuaian dengan anda.

Apa yang anda harus tahu, tidak semua wanita boleh enangguhkan perjalanan dengan apa yang telah diperkatakan di atas. Ini kerana, sekiranya ubat-ubatan yang mengandungi hormon mungkin saja tidak memberikan keberkesanan secara lancar dan anda masih saja akan datang haid seperti biasa.

Baca juga  Menyambut Syawal Seorang Diri Kerana Sudah Kehilangan IbuBapa
prettilyrare.com

Sekiranya alasan anda ingin menangguhkan haid untuk pergi bercuti ataupun mengerjakan ibadah sebaiknya anda membuat persediaan awal dengan menyediakan tuala wanita supaya anda tidak panik sekiranya haid datang secara tiba-tiba.

Dapatkan nasihat dari doktor sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan. Takut nanti ia boleh memberikan kesan sampingan sekiranya anda makan secara sesuka hati tanpa rujukan dari doktor. Sekian petikan dari bukanaku.com


Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *