Cari...

Info Menarik

Kesan Buruk Wanita Jika Tidak Cukup Tidur

Kongsi
tak cukup tidur

Kesan buruk wanita jika tidak cukup tidur terutama sekali ialah penuaan yang ketara. Nampak seperti perkara remeh tetapi kesan pada orang yang tak cukup tidur boleh mendatangkan bahaya. Wanita harus menjaga waktu tidurnya dengan baik supaya mendapat kesihatan yang optimum.

Kesan Buruk

Berikut kesan-kesan tidak cukup tidur:

Nampak Tua

Foto: amazingnara.com

Kesan yang paling ketara bagi wanita yang tidak cukup tidur adalah “eyebag“. Jika tidak menjaga waktu tidur yang baik, anda mudah dapat “eyebag“. Bila ada kesan itu, maka anda akan nampak tua dan kusam. Banyak wanita takut tentang perkara ini, namun masih juga tidak ambil peduli. Sanggup berjaga sehingga lewat malam sehingga kulit menjadi cepat berkedut dan kusam.

Cepat lupa

Foto: hijabnheels.com

Jika anda masih muda, memang daya ingatan anda masih kuat. Namun, jika anda mengamalkan gaya hidup suka lepak sampai pagi, memang anda akan menjadi pelupa. Hal ini kerana otak juga memerlukan rehat.

Mudah gemuk

Foto: nurimanqaisara.com

Memang wanita yang selalu berjaga malam akan merasa lapar. Bila lapar, mula lah mencari makanan untuk menjadi santapan. Bila makan tengah malam, perut anda tidak memproses dengan betul. Boleh jadi anda akan obesiti jika tidak dikawal.

Emosi Tidak Stabil

Foto: fimela.com

Selalunya, wanita yang tidak cukup tidur mesti emosinya tidak stabil. Kadang-kadang murung sepanjang masa. Bila badan cepat penat, anda akan jadi cepat marah. Suka bertindak melulu tanpa berfikir panjang.

Hilang nafsu

kesan buruk
Foto: flickr.com

Badan yang tidak cukup rehat akan mengurangkan nafsu. Sering kali mengantuk membuatkan si dia tidak puas dengan anda. Ia boleh merengangkan hubungan anda.

Kemalangan

kesan buruk
Foto: side.cr

Sekali terlelap ketika dalam perjalanan, ini memang mengundang bahaya. Sila berubah sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini. Ingatlah orang yang tersayang.

Baca juga  Surah Al-Mulk Penyelamat Anda Daripada Seksaan Kubur

Punca penyakit

kesan buruk
Foto: siraplimau.com

Mungkin bukan di waktu muda tetapi kalau selalu diamal, ia boleh mengundang penyakit seperti darah tinggi. Macam mana ya, masih suka tidur lambat? Jika sayangkan diri sendiri, anda kena cukupkan rehat. Bukan hanya untuk cantik tetapi demi keselamatan dan kesihatan. Semoga anda boleh berganjak ke arah hidup yang lebih sihat.

Kongsikan artikel ini ke sahabat handai jika bermanfaat.

Sumber: aliffchannel.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *