Cari...

Kecantikkan

Kesan Buruk Pada Kulit Jika Tidur Dengan Solekan

Kongsi

Mengenakan solekan seharian diluar rumah kemungkinan akan memberi kesan buruk pada wajah anda. Selain terdapat bakteria-bakteria yang mungkin sahaja terkumpul pada solekan dan jika tidak membersihkannya ketika mahu tidur, ianya boleh menjejaskan kesihatan kulit wajah anda.

Sering keluar hingga lewat malam menyebabkan ramai wanita menjadi malas untuk mencuci solekan selepas pulang ke rumah. Akhirnya mereka memilih untuk terus beradu tanpa membuang calitan solekan di wajah. Tahukah anda bahawa ianya merupakan suatu tabiat buruk yang boleh mencelakan kecantikan kulit wajah anda?

1. Gincu

Foto: Nona

Tidur dengan gincu yang masih melekat di bibir boleh menyebabkan bibir menjadi kering seterusnya merekah.

2. Bedak Asas

Penggunaan bedak asas yang kebiasaanya tebal haruslah dicuci agar kulit muka berupaya untuk bernafas dan diperbaharui pada waktu tidur. Sekiranya tidak dibersihkan akan mengakibatkan kedutan di wajah dan liang roma tersumbat lalu timbulnya masalah jerawat.

3. Maskara

Selain boleh mengakibatkan keguguran bulu mata, tidur dengan maskara juga boleh menyebabkan kegatalan. Jika ianya berlarutan, mata akan menjadi bengkak seterusnya dijangkiti kuman.

Foto: Kaki Share

Sangat penting untuk anda membersihakan wajah anda sebelum tidur. Hal ini kerana, bakteria yang ada pada solekkan mampu memudaratkan dan memberi kesan negatif pada kulit anda. Sekian petikan dari Nona.my

Baca juga  Muka Berjerawat Boleh Hilang Dengan Kulit Tembikai
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *