Cari...

Tips Menarik

Kereta Dilanggar Dari Belakang? Tahu Apa Perlu Anda Buat?

Kongsi

Kes kemalangan jalan raya memang kerap kali berlaku dan jika kita terlibat dalam kemalangan, tahukah apa yang anda patut lakukan? Selalunya, kita akan melihat pertengkaran yang berlaku kerana tidak mahu mengaku kesalahan. Di sini ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan jika anda dilanggar dari belakang. Dipetik dari laman says.com.

1.Jangan panik dan sentiasa bertenang ketika kejadian berlaku.

2.Berhentikan kereta di tempat yang lapang dan selamat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

3.Gunakan telefon pintar anda dan keluar dari kereta untuk menangkap gambar.

4.Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan melanggar anda.

5.Apabila pemandu yang melanggar kenderaan keluar dari kereta, tegur dengan baik jangan menggunakan bahasa kasar.

6.Tanya dengan baik kenapa dia melanggar kenderaan anda. Sebaiknya, kawal kemarahan dan jangan bergaduh.

7.Minta kebenaran untuk mengambil gambar kad pengenalan pemandu yang melanggar anda.

8.Jika pemandu tersebut tidak mengaku bersalah, jangan paksa dia. Beritahu dia yang menurut undang-undang, kenderaan yang melanggar kenderaan lain dari belakang adalah kecuaian kenderaan yang melanggar itu.

9.Namun, jika dia mengaku bersalah, minta dia untuk tanggung kos pembaikan kenderaan anda. Disarankan untuk terus pergi ke bengkel yang anda selalu pergi, jangan tangguh.

10.Jangan lupa untuk ambil nombor telefon atau kad bisnes pemandu tersebut. Mudah untuk dihubungi.

11.Jika pemandu tersebut tidak mengaku bersalah dan berkeras tidak mahu menanggung kerugian, biarkan sahaja. Kerana anda telah mendapat segala info yang diperlukan.

12.Terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan

13.Dengan laporan polis tadi, pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang melanggar anda tadi

14.Akhir sekali, pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta mereka untuk uruskan 3rd party claim untuk membaiki kerosakan kenderaan anda.

Baca juga  9 Cara Untuk Membanteras Kumbang Beras Secara Berkesan

Semoga langkah-langkah yang diambil boleh menyelesaikan masalah. Jika anda sudah tahu, maka tiada lagi rasa takut untuk berdepan dengan situasi ini. Jangan lupa kongsikan kepada ahli keluarga tentang ilmu bermanfaat ini.

Tag:

1 komen

  1. Sekarwi Jowudi May 2, 2019

    Artikel bermanfaat. Terima kasih atas info nya.

    Reply

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *