Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Kerap Bergaduh Tanda Hubungan Sihat- Kajian Saintis

Kongsi

Sememangnya setiap perhubungan itu memerlukan satu ruang untuk mengenali satu sama lain. Satu kajian telah dilakukan, dan menunjukkan selalu gaduh adalah satu tanda bahawa hubungan itu hubungan yang sihat.

Tetapi bukanlah pergaduhan yang boleh membuatkan anda dengan pasangan menjadi makin renggang. Terdapat beberapa cara gaduh yang dianjurkan oleh saintis bagi merapatkan lagi hubungan anda dengan pasangan setelah berlaku pergaduhan.

Pergaduhan ini bukanlah seperti pergaduhan anak-anak kecil yang belum matang, tetapi pergaduhan yang lebih ‘matang’ dan mampu mengikat kasih sayang anda dengan pasangan.

Foto: Khalifah.media.info

Cara bergaduh yang dianjurkan saintis

Hormat

Hormati pasangan anda, tidak kira isteri atau suami. Hormati mereka kerana mereka sudah banyak berkorban untuk anda. Bukan hanya isteri mesti menghormati isteri, namun sebaliknya juga.

Minta maaf

Setelah puas bergaduh, jangan lupa atau malu untuk minta maaf. Kalau pun salah tu adalah salah dia, minta maaf kerana maaf dapat buat semua orang lembut hati. Jangan ego!

Jangan ungkit

Dalam Islam, kita juga dihalang untuk mengungkit kesilapan lama pasangan. Kalau bergaduh tentang masalah sekarang, kenapa perlu kaitkan hal lama? Itu akan buat pergaduhan jadi lebih panjang dan parah nanti.

Elak campur tangan orang ketiga

Jangan babitkan orang ketiga dalam permasalahan rumahtangga kamu, seeloknya anda selesaikan sendiri. Terdapat kes cerai akibat dari gangguan orang ketiga.

Jaga perhubungan anda dengan pasangan, bergaduh itu perkara biasa dan anda harus selesaikan permasalah itu dengan cara yang lebih matang. Sekian petikan dari wanista.com

Baca juga  Tidur Awal Sebelum Jam 11 Mampu Merawat Kulit Supaya Lebih Cantik
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *