Cari...

Uncategorized

Kerana Terlalu Cantik Wanita Mengeluh Tidak Dapat Kerja

Kongsi

Oleh kerana terlalu cantik, wanita ini mendakwa bahawa dia sukar untuk mencari kerja. Dakwaan wanita muda ini mungkin melucukan, namun dia tetap percaya bahawa kecantikan kini menjadi satu halangan besar untuk bekerjaya.

Kerana Terlalu Cantik

Irina Kova, seorang graduan undang-undang mendakwa sukar mendapat pekerjaan kerana majikan tidak mahu terganggu dengan kecantikannya. Dia yang kini menetap di London, United Kingdom berkata, menjadi gadis cantik menjejaskan kerjayanya.

Kerana Terlalu Cantik
Foto ilustrasi – unsplash.com

Meskipun mempunyai ijazah undang-undang dan beberapa pengalaman bekerja, Irina mengeluh kerana masih sukar mendapatkan kerja tetap.

Dia yang berusia 33 tahun itu percaya majikan lelaki secara serius tidak mengambil wanita yang menarik perhatian untuk dijadikan sebagai pekerja.

Disebabkan kesukaran itu, Irina bertindak untuk tidak memakai kasut tumit tinggi dan mula memakai cermin mata.

Dia juga hanya memakai solekan nipis sahaja.

Bagaimanapun usahanya tidak mencukupi apabila ejennya mencadangkan supaya dia mewarnakan rambut ke warna lebih gelap bagi mengelakkan daripada stiga rambut perang.

Wanita kelahiran Rusia itu mendakwa dia meletakkan jawatan berikutan komen-komen berhubung penampilannya.

Jika anda terlalu cantik, bagaimana anda ingin cari kerja? Rasanya kerja bukan mencari yang cantik, tapi sebenarnya mencari kemahiran yang ada pada diri kita. Betul tak?

Ingin cantik, gunalah madu untuk kulit wajah yang cantik. Khasiat madu serta manfaatnya untuk kecantikan wajah telah lama digunakan ramai wanita di seluruh dunia. Selain dapat menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan jerawat, manfaat madu juga dapat melembabkan bibir yang kering. 

Sumber: Mirror UK

Baca juga  Disaman Kerana Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *