Cari...

Sains

Kepler 452b – Planet Yang Menyerupai Bumi

Kongsi
kepler

Saintis terkenal di seluruh dunia berpandangan Marikh adalah planet yang paling hampir untuk dijadikan rumah kedua. Pelbagai kajian telah dilaksanakan ke atas planet ini. Namun terdapat kekangan yang membantutkan hajat ini.

Antaranya ialah kandungan udara di bawah lapisan atmosfera Marikh dipenuhi dengan karbon dioksida dan suhu persekitarannya lebih sejuk berbanding bumi.

Foto: steemit.com

Bagaimanapun memetik laporan akhbar 13 Ogos 2015 ( Berita Harian ),  Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) pada 23 Julai 2015 mengumumkan mengenai penemuan planet yang diberi nama Kepler-452b .

Namun begitu , hasrat Saintis untuk mengkaji dan menjelajah planet ini terpaksa ditangguhkan seketika.

Ini adalah kerana Planet Kepler-452b terletak terlalu jauh  dan diukur dengan jarak sama dengan 1,400 tahun cahaya atau bersamaan 14 juta tahun.

Menerusi kecanggihan teknologi dan kemampuan industri kejuruteraan, kelajuan maksimum kapal angkasa berupaya ditingkatkan kepada 100,000km/j .

Bagaimanapun Saintis menjangkakan peningkatan kelajuan itu tidak menyingkatkan tempoh perjalanan, sebaliknya ia mengambil masa kira-kira 10,000 tahun untuk melengkapkan penjelajahan satu tahun cahaya.

Planet Kepler-452b bersaiz 60 peratus lebih besar daripada bumi dan mempunyai komposisi bahan semula jadi yang sama dengan bumi. Perkiraan jarak ke planet ini sangat jauh iaitu 1,400 tahun cahaya atau bersamaan 14 juta tahun.

Mungkin pada suatu hari dengan kepesatan penyelidikan dan pembangunan teknologi sains diterajui pelbagai saintis terkemuka dari seluruh dunia boleh membuka peluang untuk manusia meneroka suatu hari nanti.

Berikut adalah maklumat mengenai Planet Kepler-452b dikatakan sebagai rumah kedua selepas bumi :

  • Mengandungi bahan sama seperti bumi iaitu silikon, karbon dan besi
  • Muatan air hampir sama
  • Lapisan atmosfera tepu
  • Topografi berbatu
  • Ditemui oleh NASA pada 23 Julai lalu
  • 60 peratus lebih besar daripada bumi
  • 1.5 bilion tahun lebih tua daripada bumi
  • Graviti 2 kali ganda
  • Jarak, 1,400 tahun cahaya yang bersamaan 14 juta tahun
  • 385 hari setahun
  • Sistem solar memancarkan 10 peratus lebih tenaga
  • Saiz solar 20 peratus lebih besar daripada matahari bumi
  • 1,030 planet sudah dikenal pasti oleh saintis
  • 4,696 planet berpotensi sebagai pengganti bumi
  • 2,165 bintang di angkasa mempunyai sistem putaran tersendiri
Baca juga  10 Sifat Orang Pendiam Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Sahabat

Penulis sedar bumi makin hari makin tua dan penuh, bagi umat islam kita sedar akan hari kiamat. Namun begitu pengajian tentang ilmu alam semesta adalah dituntut juga. Mungkinkah suatu hari nanti penduduk bumi akan ke planet lain berikutan pelbagai isu, antaranya dihimpit masalah kepadatan penduduk, pencemaran dan bencana alam? Sama-sama kita renung dan fikirkan bersama.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *