Cari...

Uncategorized

Kentut Wangi Kini Tersebar, Bau Mawar Paling Laris

Kongsi

Kentut wangi? Pasti anda rasa sangat merepek kan? Semua manusia harus kentut. Kentut merupakan mekanisme manusia dalam membuang gas yang tidak baik untuk kesihatan. Gas tersebut dikeluarkan melalui bahan kumuh dan dilepaskan ke udara. Oleh sebab itu, kita akan merasa lega apabila selesai membuang gas yang mengganggu perut.

Kentut merupakan sesuatu  yang normal dan menyihatkan kerana ia merupakan proses menyingkirkan gas atau angin dari badan manusia. Kentut berasal dari gas atau udara dalam saluran pencernaan. Namun, kentut yang tidak terkawal dan berbau kurang enak amat memalukan. 

Tetapi, kajian Universiti Exeter di United Kingdom mendapati, bau kentut sebenarnya mempunyai rahsia kesihatan tersendiri yang mampu mencegah penyakit barah, angin ahmar, serangan jantung, dan nyanyuk.

Menurut saintis dari Universiti Exeter di United Kingdom, hidrogen sulfida, satu daripada gas berbau yang dihasilkan oleh bakteria semasa memproses makanan di dalam perut dapat membantu melindungi sel-sel dan melawan penyakit jika berada dalam jumlah yang sedikit. Menarik bukan?

kentut
Foto: bm.cari.com

Lebih menarik kini kentut boleh berbau wangi atas inovasi oleh Christian Poincheval, 65 seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, mendakwa telah berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng-ubah bau kentut manusia menjadi wangi.

Pil tersebut dikatakan dapat memudahkan penghadaman malah mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros seperti yang dilaporkan portal berita mirror.com.

kentut

Menurut Poincheval lagi, pil ini sangat sesuai dijadikan hadiah Hari Krismas. Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan tersebut. 

Pil tersebut diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, adas, lithothamne(rumpai laut), propolis (resing tumbuhan) dan blueberry telah mula dijual secara dalam talian sejak tahun 2006 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Baca juga  Lupakan 5G, Samsung Sedang Dalam Usaha Membangunkan 6G

Pil tersebut semakin laris jualannya dan jumlah jualan meningkat setiap kali Hari Krismas. Rata-rata pembeli membelinya kerana mempunyai masalah perut kembung dan sebahagiannya membeli pil tersebut sebagai jenaka untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan mereka.

Anda ada masalah kentut berbau? Bolehlah cuba pil kentut wangi ini ya. Nak bau bunga ros ke nak bau coklat? Semoga bermanfaat! 

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *