Cari...

Hubungan Gaya Hidup

Kentut Di Depan Tersayang Tanda Hubungan Bahagia

Kongsi

Jika anda kentut, mesti anda akan memerhati sekeliling anda supaya tiada orang di situ. Tapi, jika anda suka kentut di depan pasangan anda, itu tandanya anda sedang bahagia.

Sebuah kajian mengatakan kentut di depan pasangan adalah rahsia atau kunci hubungan bahagia dalam perhubungan sesebuah pasangan.

Kentut di depan pasangan meninggalkan impak besar dalam sesuatu perhubungan seperti ketika pasangan anda mengucapkan ‘I love you’. Semak 5 sebab kentut di depan pasangan tanda hubungan bahagia mampu mengeratkan lagi perhubungan dan .

Selesa dengan pasangan

Anda seorang yang tidak akan menyorokkan sesuatu atau berahsia dengan pasangan kerana melepaskan kentut di depan pasangan.

Jenis suka bergurau

Hakikatnya kentut di depan pasangan membuatkan anda dan pasangan ketawa kerana lucu.

Memori indah bersama

Percayalah, terkenangkan insiden kentut di depan pasangan akan membuatkan mereka ketawa dan menjadikan hubungan bahagia apabila mengenangkannya kembali.

Kentut itu seksi

Tiada yang paling seksi selain dapat menerima baik buruk pasangan termasuk bau kentut. Samalah seperti, melihat teman wanita tidak memakai make up tetapi masih cantik. Jika tiada kepercayaan, perhubungan akan mula runtuh.

Jika anda kentut di depan pasangan , secara tidak langsung membuktikan anda tidak takut untuk menyerlahkan diri anda.

Baca juga  Rahsia Dalam Bilik Tidur Harus Dijaga Supaya Tidak Di Masuki Orang
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *