Cari...

Gaya Hidup

Kenapa Wanita Lebih Mudah Kerasukan Berbanding Lelaki

Kongsi
kerasukkan

Selalu kita dengar kisah tentang kerasukkan jin, pasti golongan wanita yang lebih banyak. Tahukah kenapa ia boleh berlaku? Hal ini kerana roh atau semangat wanita lebih lemah berbanding lelaki. Oleh itu, apabila jin itu menganggu bahagian otak mangsa, wanita itu akan mudah meracau dan emosi mereka sukar dikawal apabila di ganggu makhluk halus. 

Kadang-kadang wanita yang lemah-lembut tidak diganggu, sebaliknya yang aktif, yang nampak ala-ala tomboy boleh terkena rasuk kerana tak tahan emosinya. Kemudian wanita yang ‘datang bulan’, keluar darah haid memang mudah diganggu kerana mereka datang kotor dan jin sangat suka darah kotor.

kerasukkan
Foto: arifuddinali.wordpress.com

Waktu ini pertahanan diri wanita agak lemah berbanding biasa. Satu kesilapan kebanyakan wanita, apabila datang kotor, mereka cuti sungguh-sungguh. Sudahlah amal-amal tertentu tidak boleh dilakukan, amal-amal sunat yang lain pun ditinggalkan terus terutamanya doa-doa dan zikir-zikir yang bukan ayat-ayat al-Quran. Sepatutnya ketika datang kotor kenalah banyakkan doa dan berzikir.

Kebanyakkan berlaku, syaitan selalu masuk ke tubuh kita terutamanya melalui ‘highway’ mereka iaitu salur darah. Satu saat kita tidak mengingati Allah, mereka akan masuk. Sebab itu para ulama sufi selalu mengamalkan zikir khafi secara berterusan. Amalan berterusan sangat baik untuk pedinding kita dari segala perbuatan jahat makhluk lain.

Jadi apabila kita betul-betul bercuti ketika haid, banyaklah syaitan-syaitan yang menggunakan salur darah kita sebagai ‘highway’ mereka. Jika mereka berhenti di mana-mana kawasan rehat dalam tubuh kita, bahagian itu akan sakit ataupun tidak selesa. 

Oleh kerana syaitan-syaitan selalu masuk, jalannya semakin melebar dan mereka tahu selok-belok diri kita. Ini memudahkan mana-mana jin yang berkebolehan dan berkepentingan untuk masuk ke dalam badan kita. Jadi, untuk keselamatan jangan biasa membiarkan ruang-ruang lompong di tubuh kita (wanita) untuk dimasuki syaitan-syaitan dan jin-jin terutamanya ketika keluar darah haid.

Baca juga  Anak Usia Bawah 5 Tahun Tidak Digalakkan Menghadap Skrin Lebih Dari 1 Jam
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *