Cari...

Tips Menarik

Kenapa Remote TV Berfungsi Semula Jika Bahagian Belakang Diketuk Berkali-kali

Kongsi

Remote tv anda sukar untuk berfungsi? Menonton televisyen merupakan aktiviti harian yang sering kita lakukan ketika ada masa lapang, duduk bersantai dan meluangkan masa dengan keluarga merupakan masa yang berkualiti. Mungkin pernah anda lakukan hal ini, sekiranya kawalan jauh anda tiba-tiba mengalami masalah, iaitu ketuk dibahagian belakang kalat kawalan jauh tersebut berkali-kali.

Ketika menonton televisyen, anda sudah pastinya memerlukan alat kawalan jauh untuk menukar siaran ataupun melaraskan tahap bunyi pada televisyen anda. Namun, sekiranya alat tersebut tidak dapat berfungsi, kebanyakan orang akan cuba mengoncang dan menghentak alat tersebut seperti pada tangan sehingga ianya boleh berfungsi semula.

Mungkin anda perasan, tektik ini sangat menjadi,, namun ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah tindakan seperti itu dapat membuatkan alat kawalan jauh itu kembali berfungsi? Jom kita lihat bagaimana tektik tersebut berkesan.

remote tv
Foto: blog.cc.net.my

Remote TV

Alat kawalan jauh televisyen menggunakan bateri bagi punca kuasa yang membolehkan alat tersebut berfungsi. Bateri yang digunakan dalam alat kawalan jauh tersebut berpotensi untuk berada di dalam alat tersebut dalam tempoh yang agak lama.

Disebabkan itu, lapisan pengoksidaan terbentuk antara spring terminal dan penghubung bateri sepanjang bateri yang sama digunakan. Lapisan oksida itu mempunyai ketahanan yang tinggi iaitu dapat menyekat aliran arus untuk melaluinya. Kesannya, voltan akan terjejas serta berkurangan menyebabkan alat kawalan jauh tersebut tidak berfungsi dengan baik.

Oleh yang demikian, dengan menghentak dan mengoncangkan alat kawalan tersebut, ia dapat menyalurkan semula arus tenaga dan membolehkan alat tersebut digunakan semula. Kaedah ini juga dikenali sebagai penyelenggaraan ‘Percussive’ yang turut dilakukan pada bateri kereta, televisyen dan juga mesin fotokopi.

Langkah ini lebih jelas dapat membantu alat kawalan jauh anda berfungsi  kerana dengan menampar atau memukul alat kawalan jauh secara asasnya dapat meletakkan semula hubungan bateri pada kedudukan yang sebenar. Sekian petikan dari siakapkeli

Baca juga  8 Tips Bijak Penjimatan Penggunaan Elektrik Di Rumah
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *