Cari...

Gaya Hidup Pendidikan

Kenapa Pelajar Suka Tidur Dan Ponteng Kelas

Kongsi
pelajar tidur ponteng kelas

Semakin meningkat remaja, pelajar semakin sukar untuk difahami kerana mereka ada pelbagai pengaruh di sekeliling mereka yang kadang kala cikgu sendiri pun tidak tahu. Yang paling penting adalah, ibu bapa kena tahu apa yang boleh membantu mereka dalam meningkatkan tahap kegemaran mereka terhadap pelajaran.

Suka Tidur Dalam Kelas

Salah satu punca pelajar suka tidur dalam kelas ialah keberkesanan cikgu atau ketarikperhatian pelajar kurang. Dalam mengajar remaja, berbeza sekali dengan mengajar budak-budak. Budak-budak lebih senang diajar berbanding mereka yang sudah meningkat remaja.

Apabila mereka sudah remaja, mereka suka meluahkan emosi mereka tanpa memikirkan impak kepada orang lain. Ia merupakan kelakuan semulajadi remaja yang membantah.

Tidur Tidak Teratur

Kebanyakan mereka pada usia ini gemar bermain game atau melayari laman sosial seperti facebook, instagram, whatapps, dan sebagainya. Jadi, apabila mereka dirumah bermain dengan platform ini secara tidak mengikut masa yang sesuai, ia boleh menganggu masa tidur mereka. Disini kita boleh nampak kualiti tidur pelajar ini akan semakin berkurangan jika gaya hidup seperti ini di amalkan.

pelajar tidur ponteng kelas
Foto: gambartop10.blogspot.com

Makan Berlebihan

Tidur terlalu lama juga boleh menyebabkan anda mengantuk dan otak menjadi lembap. Tidur yang cukup adalah sebanyak enam hingga lapan jam sehari. Jangan tidur yang lebih daripada tempoh itu. Yang penting, jangan cuba mengatasi masalah ini dengan mengambil ubat atau pil kerana ini akan memudaratkan kesihatan anda.

Badan Terlalu Letih

Anda mengantuk disebabkan oleh badan anda yang terlalu letih kerana melakukan aktiviti sepanjang hari. Aktiviti seperti bersukan atau beriadah berlebihan seperti berbasikal mengelilingi kampung berjam-jam atau bermain futsal pada lewat malam. Semua ini menggunakan tenaga dan membuat anda letih.

Baca juga  Fakta Kenapa Sajian Bufet Cepat Rasa Kenyang

Tidak salah anda bersukan dan beriadah demi kesihatan tetapi biarlah kena pada waktu dan tujuannya. Anda boleh beriadah selama 30 minit hingga 1 jam sehari agar anda berasa segar pada sebelah malam untuk menelaah pelajaran.

Ada setengah pelajar terlalu letih akibat menjalani aktiviti kokurikulum yang berlebihan di sekolah. Tidak perlulah terlalu aktif sehingga menjejaskan prestasi mengulang kaji dan meletihkan badan. Pilihlah aktiviti yang anda minati dan jangan terlalu berat. Tidak gunanya anda cemerlang dalam kokurikulum tetapi lemah dalam pelajaran.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *