Cari...

Psikologi

Kenali Personaliti Mengikut Bentuk Hidung

Kongsi

Personaliti diri seseorang boleh dilihat dari bermacam cara. Setiap orang dilahirkan dalam ‘acuan’ nya sendiri, setiap orang memiliki berlainan rupa paras. Walaupun dikatakan manusia mempunya 7 orang kembar di dunia, namun tetap tidak sama dan mungkin hanyalah nampak seiras.

Setiap bahagian tubuh badan ada fungsi dan juga keistimewaannya sendiri, malah jika ada yang pandai menilai, sudah pasti mampu membaca keperibadian mengikut saiz dan bentuk tubuh badan anda.

Personaliti Melalui Bentuk Hidung

Antara salah satu bahagian yang sering dinilai ialah bahagian hidung, ini mungkin kerana ianya terletak dekat dengan bahagian mata. Sejauh mana bentuk hidung boleh mempengaruhi peribadi seorang wanita?

personaliti
Foto: Tribun Bali – Tribunnews.com

1.Bentuk hidung besar

Orang yang memiliki saiz hidung yang sedikit besar dikatakan sebagai seorang yang mudah tersentuh hati. Suka berfikiran negatif dan suka buruk sangka dengan orang sekeliling. Nafsu seksualnya sangat besar dan biasanya pemalas. Ia lebih suka tidur daripada melakukan kegiatan di luar rumah.

2. Bentuk hidung besar di bahagian bawah

Orang yang memiliki bentuk hidung seperti ini tidak pandai menyimpan duit. Suka berjalan dan habiskan duit, namun dari sisi baiknya, ada jiwa kepimpinan yang tinggi.

3. Bentuk hidung agak besar dan mancung

Orang yang memiliki bentuk hidung yang agak besar dan mancung selalunya mempunyai peribadi yang sangat sombong dan angkuh. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan dirinya sendiri.

4, Bentuk hidung agak besar dan pesek

Biasanya orang seperti ini pelit dan tidak punya inisiatif. Ia selalu menunggu dan mengandalkan orang lain dalam berbagai hal. Ia tidak mandiri dan umumnya ingin enaknya sendiri.

5. Bentuk hidung agak besar dan bulat di bahagian hujung

Tidak suka dianggap remeh dan suka meninggi diri. Mereka tidak suka dilayan sambil lewa malah inginkan layanan yang istimewa.

Baca juga  Penyakit Emosi, Tanda-tanda Yang Harus Di Ketahui

Ianya tidak semestinya benar, kerana keperibadian manusia itu berbeza-beza walaupun memiliki saiz dan bentuk hidung yang sama. Ada yang memiliki saiz hidung yang besar namun peribadinya jauh lebih baik. Sekian petikan dari Fimela.com

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *