Cari...

Kesihatan

Kekurangan Vitamin Dalam Badan Boleh Menyebabkan Buta

Kongsi

Vitamin dalam badan kurang mampu menyebabkan kebutaan. Nak tahu kenapa? Pengambilan makanan yang berkhasiat sangatlah penting, ianya mambantu badan anda kekal sihat hingga ke akhir usia. Siapa yang tidak mahu sentiasa sihat bukan? Tetapi, bukan mudah untuk mengawal nafsu makan. Lebih-lebih lagi apabila dijamu dengan makanan yang mampu membuka selera anda seperti burger, satay dan lain-lain lagi.

Vitamin Dalam Badan

Masyarakat kini perlu mengambil berat terhadap gaya pemakanan harian masing-masing, pelbagai masalah kesihatan akan timbul jika gaya pemakanan tidak di titik beratkan. Antara risiko penyakit yang bakal dihadapi adalah obesity, diabetes, dan pelbagai penyakit lain yang lebih serius.

Akibat tidak menjaga kesihatan dan pemakanan, anda mudah terkena penyakit diawal usia yang sangat muda. Antara salah satunya ialah risiko menjadi buta.

Foto: Blogbabyshambles..

Aspek pemakanan perlu dititik beratkan kerana pengambilan makanan yang betul mengikut keperluan tubuh badan akan menjadikan manusia lebih cergas, bertenaga, sihat dan kuat. Manakala bagi yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat dan kekurangan vitamin yang diperlukan dalam tubuh badan akan menerima kesan yang tidak sihat dalam tubuh badan mereka.

Vitamin Dalam Badan
Foto: rudylim.com

Seorang remaja di Bristol, England telah hilang penglihatan kerana kekurangan vitamin dalam badan dek kerana gaya pemakanannya yang tidak seimbang dan tidak pernah mengambil makanan bersumberkan vitamin dalam hidupnya.

Jangan pernah memandang rendah keperluan vitamin kerana ia memainkan peranan penting dalam menstabilkan kesihatan tubuh badan manusia. Bukan itu sahaja, vitamin juga terdiri dari pelbagai jenis dan pelbagai fungsi yang tersendiri.

Kehilangan Penglihatan Kerana Kekurangan Vitamin

Vitamin Dalam Badan
Foto: teen.co.id

Bayangkan jika seorang remaja hanya berbekalkan potato chips, roti dan sosej sebagai diet harian selama bertahun-tahun tanpa sebarang sayur-sayuran mahupun buah-buahan, tidak mustahil masalah hilang penglihatan boleh berlaku.

Baca juga  Garisan Pada Kuku Petanda Kanser Kulit

Masalah penglihatan berlaku dek kerana kekurangan sumber vitamin yang diperlukan di bahagian mata ia kenali sebagai Nutritional Optic Neuropathy (NON). Saraf optic memiliki berjuta-juta serat yang mana ia bertanggungjawab memindahkan maklumat visual daripada retina mata kepada otak.Foto – Healthy Military Children Penn State

Jika serat menjadi rosak kerana kekurangan vitamin, maka saraf optik akan kehilangan fungsi untuk menghantar mesej kepada otak. Meski masalah Nutritional Optic Neuropathy ini lambat berlaku dan tidak menyakitkan ia akan memburukan tahap penglihatan mata secara perlahan-lahan.

Apa Itu Nutritional Optic Neuropathy

Nutritional Optic Neuropathy (NON) merupakan masalah saraf optic yang tidak berfungsi. Ia berlaku kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan bagi menggerakan fungsi serat saraf.

Kebiasaannya nutrisi atau vitamin yang diperlukan bagi meneruskan fungsi serat saraf mata ini adalah vitamin folic asid dan vitamin B complex.

Kekurangan kedua-dua vitamin ini adalah kerana kekurang nutrisi, pengamalan gaya pemakanan yang tidak betul atau masalah alcohol yang kronik.

Nutritional Optic Neuropathy ini memiliki karakteristik yang lambat bertindak dan tidak menyakitkan apabila penglihatan mula merosot.

Selain itu, masalah ini juga boleh menyebabkan berlakunya masalah fungsi warna dan jika ia tidak dirawat dengan segera ia akan menyebabkan masalah penglihatan secara kekal.

Rawatan Nutritional Optic Neuropathy

Untuk merawat masalah ini, gaya pemakanan perlu diatur semula bagi melengkapkan masalah kekurangan nutrisi yang diperlukan. Biasanya rawatan ini memerlukan vitamin folic asid, vitamin B complex dan protein.

Untuk mengubah masalah gaya pemakanan agar lebih teratur, anda perlu komitmen dan berdisiplin terhadap pemilihan makanan yang diambil. Mungkin pelbagai aspek masalah yang menyukarkan anda untuk mengikuti dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat antaranya adalah masalah kewangan, habit pemakanan dan sebagainya.

Baca juga  Daun Rerama Hijau Boleh Merawat Kanser Dan Pelbagai Penyakit

Tetapi masalah sedemikian boleh diatasi dengan mengatur semula gaya pemakanan harian dengan menu yang sihat dan bersesuaian mengikut keperluan tubuh badan seharian. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan terkandung pelbagai vitamin yang diperlukan untuk tubuh badan.

Mulakan dari hari ini untuk membentuk habit pemakanan yang sihat dan bagus demi untuk mencegah masalah kekurang zat serta vitamin. Ingat dek kerana kekurangan vitamin yang diperlukan untuk mata, anda berkemungkinan untuk hilang penglihatan selama-lamannya.

Tubuh anda dan kesihatan anda adalah tanggungjawab diri yang perlu dititik beratkan. Jangan kerana nak diet atau berjimat sehingga menyebabkan kesihatan diri jatuh sakit. Ianya tidak berbaloi.

Amalkan hidup dengan sihat, jangan kerana anda tidak mahu mengubah gaya pemakan anda, akhirnya membebankan anda sendiri dengan penyakit-penyakit merbahaya. Sayangi diri anda! Sekian petikan dari

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *