Cari...

Info Menarik

Kegunaan Lain Kapur Tulis Yang Anda Tidak Tahu

Kongsi

Tahukah anda kegunaan lain kapur tulis? Kapur tulis bukan sahaja untuk menulis di papan hitam, namun ia juga boleh untuk kegunaan lain. Sebagai pelajar mahupun bekas pelajar, sudah pasti mengenali kapur tulis, ianya digunakan untuk menulis sebarang nota dipapan hitam bagi memudahkan proses pembelajaran.

Kegunaan Lain Kapur Tulis

Kegunaan kapur tulis rupa-rupanya tidak terhad hanya kepada menulis di papan hitam saja. Sebenarnya, ia boleh membersihkan banyak barang yang ‘rosak’ di dalam rumah kita. Antaranya ialah:

1. Menghapuskan kekotoran pada baju

kegunaan lain kapur tulis
foto: Bright Side

Selain sabun, peluntur, baking soda dan lemon, kapur juga boleh menghapuskan kesan  minyak pada baju. Cuba gosokkan kapur pada tempat yang kotor dan biarkan selama 10 minit. Sapu bersih kapur tadi dan basuh pakaian seperti biasa.kapur menyerap dan menghapuskan kesan minyak dengan mudah.

kegunaan lain kapur tulis
foto: Bright Side

Selain itu, jika anda mengalami masalah baju putih menjadi kekuningan, anda boleh cuba kaedah yang sama.

2. Mengilatkan barang-barang perak

kegunaan lain kapur tulis
foto: Bright Side

Bukan sudu garpu saja, rantai atau gelang perak anda juga boleh diselamatkan daripada kusam. Caranya sangat mudah, hanya perlu meletakkan beberapa batang kapur dalam bekas sama perkakasan dan perhiasan anda disimpan.

Perak rosak kerana keadaan lembap dan kapur berfungsi untuk menyerap kelembapan.

3. Singkirkan bau hapak dalam almari

kegunaan lain kapur tulis
foto: Tips and Tricks

Hanya letak beberapa batang kapur di dalam almari, kotak, beg atau bakul cucian, ia akan menyerap kelembapan, sekali gus tiada lagi bau hapak. Senang bukan? Anda juga boleh berjimat jika anda menggunakan kaedah ini.

4. Tiada lagi barang berkarat

foto: Bright Side

Untuk mengelakkan gunting pisau dan sebagainya daripada berkarat, letakkan kapur di dalam bekas sama perkakas anda disimpan. Ia mampu menyerap kelembapan di sekitar gunting tersebut.

Baca juga  Kajian Ini Membuktikan Kenapa Lelaki Tidak Boleh Pakai Emas

Semoga artikel ini memberi banyak manfaat kepada anda di luar sana, dan jadikan hidup anda lebih kreatif dengan menggunakan bahan-bahan yang mungkin tidak terfikir oleh orang lain. Berfikir di luar kotak mampu membuat hidup anda lebih senang dan hebat.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *