Cari...

Motivasi

Kegagalan Membuatkan Anda Menjadi Lebih Bijak

Kongsi

Kegagalan bukan bermaksud anda gagal. Kegagalan merupakan kesalahan yang dibuat kerana anda tidak tahu. Mengapa anda tidak tahu? Kerana anda tidak mencari. YA! Anda mesti mencari cara untuk menyelesaikan masalah itu. Bagaimana? Teruskan membuat kerja anda tanpa ragu-ragu. Buat dengan seikhlas hati, tak apa jika salah kerana setiap yang salah pasti ada pembetulan. Jika ada pembetulan, di situ ada penyelesaian masalah anda.

Jadi janganlah kecewa jika anda selalu gagal dalam apa sahaja anda perjuangkan. Apa yang anda impikan. Apa yang anda ingin buat. Yang penting anda perlukan kesabaran dimana kesabaran itu memberi kita bermacam-macam ilmu pengetahuan yang tersimpan hikmah di dalamnya.

Anda jangan marah jika gagal. Hal ini kerana marah itu hanya melepaskan geram anda. Sedangkan melepaskan kemarahan itu hanyalah sia-sia. Sebab itu, apabila anda didalam kesusahan, apabila anda merasa gagal, anda harus terima dengan seadanya. Baiki semula kesalahan yang telah lalu. Jangan dibiarkan. Sentiasa perbaiki diri sendiri supaya anda terus maju ke hadapan.

Oleh itu, jangan pandang rendah kepada orang yang pernah gagal dan jangan pula anda sombong jika anda di puncak kejayaan. Seharusnya anda sentiasa ada rasa bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Baca juga  Kisah Mentaliti Manusia Yang Mampu Mengubah Anda
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *