Cari...

Info Menarik Islamik

Kedudukan Arah Kiblat Boleh Di Lihat Secara Tepat

Kongsi

Tahukah anda kedudukan arah kiblat dengan tepat? Umat Islam di negara ini boleh membuat semakan dan mengesahkan arah kiblat hari ini apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah, ekoran fenomena unik yang berlaku dua kali setahun.

Planetarium Negara dalam satu kenyataan berkata, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhati bayang-bayang matahari dihasilkan objek tegak tepat pada jam 5.27 petang waktu Malaysia.

“Orang ramai hanya perlu mencari objek tegak seperti dinding bangunan, tiang elektrik dan rangka tingkap yang tegak atau menggantung objek berat dengan talinya yang menegak menghasilkan bayang-bayang menghala arah Kaabah.

“Fenomena ini berlaku sebanyak dua kali dalam setahun iaitu pada setiap 28 Mei dan 16 Julai dan bayang-bayang yang terhasil bergantung kepada keadaan cuaca semasa,” menurut kenyataan itu, hari ini.

kedudukan arah kiblat
Foto: salaam.buzzkini.com

Kedudukan Arah Kiblat

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku pada Rabu, 17 Julai bermula jam 4.01 pagi dan berakhir jam 6.59 pagi waktu Malaysia.

“Gerhana kali ini akan mencapai peringkat maksimum pada jam 5.30 pagi yang mana pada waktu itu hampir separuh permukaan bulan dilindungi umbra (bayang-bayang) bumi,” katanya.

Justeru, Planetarium Negara akan dibuka kepada orang awam bermula jam 2 pagi pada Rabu dan menyediakan beberapa teleskop bagi memudahkan orang ramai menyaksikan fenomena ini.

Sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan turut diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2 pagi.

Sumber: HarianMetro

Baca juga  Pilih Kucing Berbanding Suami Sehingga Bercerai
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *