Connect with us

Keburukkan Makan Cili Secara Berlebihan

Gaya Hidup

Keburukkan Makan Cili Secara Berlebihan

Sudah pasti ramai rakyat Malaysia suka makan makanan pedas yang berasaskan cili. Tahukah anda? Makan cili secara berlebihan boleh menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan anda. Antara kesan-kesan yang tidak baik dalam pengambilan cili petikan dari wanista.com:

Meningkatkan Asid Perut

Tahukah anda bahawa rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam. Apabila cili masuk dalam sistem pencernaan, kadar asam akan mbertambah. Maka, bila anda makan makanan pedas sebenarnya akan menambahkan lagi jumlah asid di dalam perut. Penambahan asid di dalam perut sudah pasti akan menyebabkan banyak penyakit perut.

Menyebabkan Gangguan Perut (akut)

Jika peningkatan asid dalam perut naik secara berterusan, hal ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan lambung akut di lambung. Perkara ini boleh menyebabkan mual, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan sakit kepala.

Berlaku Keradangan

Radang akan terjadi jika terlalu kerap mengambil makanan pedas khususnya cili. Jika diambil secara kerap, ia akan menyebabkan gangguan lambung akut, dan membolehkan perut terluka. Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sudah pasti akan mengalami sakit yang luar biasa. Gejala ini akan mengakibatkan mual, muntah dan penurunan berat badan yang ketara.

Susah Untuk Tidur Atau Insomnia

Makanan yang pedas meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda susah untuk tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas yang disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang rendah.

Kesimpulannya, jangan makan makanan pedas yang berlebihan walaupun ia mampu meningkatkan selera makan anda. Masakan pula jangan terlalu banyak cili dan rempah. Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut, anda boleh menurunkannya dengan pengambilan susu atau air kelapa.

Baca juga  Jangan Pamerkan Kemesraan Jika Niat Hanya Ingin Menunjuk

Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Gaya Hidup

Ke Atas