Cari...

Gaya Hidup Info Menarik Kesihatan

Kawal Kemarahan Anda Dengan Tips Bijak Ini!

Kongsi

Setiap manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis emosi, antaranya ialah marah, sedih, dan juga perasaan gembira. Antara ketiganya, perasaan marah adalah antara perasaan yang paling anda harus kawal. Hal ini kerana, perasaan marah mampu memberi kesan negatif kepada orang sekeliling.

Kita sedia maklum marah adalah emosi normal dan sihat bagi setiap manusia, akan tetapi apabila di luar kawalan, ia akan mengakibatkan masalah yang serius dalam hubungan sesama manusia, bahkan memberi kesan buruk pada mental dan fizikal.

Foto: Tirto

Apabila mula timbul rasa ingin marah, anda harus cepat-cepat mengatasinya. Jika ketika anda marah itu posisi anda tengah berdiri, maka duduk lah. Manakala, jika anda sedang duduk ketika marah, cubalah berbaring. Tektik ini mampu mengurangkan rasa marah.

Foto: ringkaskata.com

Tips yang bakal dikongsikan ini adalah tips yang diperolehi dari pakar motivasi yang bertauliah. Dan dia mengatakan bahawa:

Sebaiknya fikir dahulu sebelum bercakap. Hal ini di mana ambil masa untuk berfikir dan menyusun perkataan sebelum anda meluahkan apa yang ingin dikatakan.

Luahkan kemarahan apabila sudah bertenang. Nyatakan isu dengan jelas dan terang tanpa menyakiti orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

Ambil masa untuk bertenang. Ya, bertenang dalam rahsia mengawal marah paling baik. Diamkan diri dan bertenang dapat membantu anda bersedia menghadapi perkara yang mendatang tanpa rasa geram.

Kenal pasti penyelesaian yang boleh diambil. Caranya dengan mengingati diri sendiri bahawa kemarahan tidak akan memberikan apa-apa, ia hanya menambahkan kerosakan dan kesakitan. Hasilnya, daripada anda berfikir tentang apa yang buat anda marah, anda akan mencari penyelesaian kepada masalah sebenar.

Berjenaka untuk menghilangkan tekanan. Menceriakan suasana dapat menghilangkan tekanan. Walau bagaimanapun, elakkan sindirn kerana ia menyakitkan hati orang lain dan membuat situasi semakin teruk.

Baca juga  Surah Al-Mulk Penyelamat Anda Daripada Seksaan Kubur

Belajar teknik untuk menenangkan diri. Mengambil nafas sedalam yang mungkin, bertafakur, bersenam dan yoga boleh membantu untuk mengawal baran. Anda juga boleh mendigar muzik, menulis, membaca, mandi atau melakukan apa sahaja yang membantu anda untuk bertenang. Yang Islam, banyakkan berdoa ye…”

Jika anda mengalami tekanan akibat dari sifat marah yang keterlaluan itu, pastikan anda mendapat rawatan awal dari pakar yang lebih arif. Semoga tips di atas dapat membantu anda mengawal amarah sebaiknya. Ingat, fikir dahulu sebelum berkata-kata! Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *