Cari...

Gaya Hidup

Anak Usia Bawah 5 Tahun Tidak Digalakkan Menghadap Skrin Lebih Dari 1 Jam

Kongsi

Anak menghadap skrin merupakan satu masalah besar. Ramai ibu bapa mengambil jalan mudah mengendalikan anak-anak dengan memberikan mereka gadget. Mungkin bagi anda ianya bukanlah satu masalah besar, kerana ianya sedikit sebanyak telah membantu anda untuk mengawal tingkahlaku anak.

Anak-anak yang aktif bermain dan banyak bertanya sebenarnya salah satu tanda mereka sedang belajar dengan persekitaran. Ada sesetengah ibu bapa merasa rimas dengan tingkah laku anak-anak yang terlalu aktif dan bising, lalu memberikan gadjet.

anak  menghadap skrin
Foto: iluminasi.com

Anak Menghadap Skrin

Pada pandangan positif, mungkin gadget mampu membantu mengawal anak-anak. Tetapi, tahukah anda bahawa anak-anak yang berumur 5 tahun tidak digalakkan untuk mengadap skrin melebihi 1 jam.

Perkongsian kali ini dari Dr Latif Saad melalui laman blognya mengenai kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah tidak sepatutnya mengadap skrin gajet lebih dari satu jam dan akan mendapat kesan yang buruk kepada anak. Mari kita baca di bawah untuk ibu bapa yang sering memberi gajet kepada anak.

anak menghadap skrin
Foto: tandapagar.com

Kajian terbaru telah menunjukkan:

Kanak-kanak yang terdedah kepada skrin pada waktu yang lama akan mempunyai perkembangan motor, kemampuan untuk bersosial dan juga berbahasa yang lambat berbanding kanak-kanak yang lain.

Bahkan ia juga meningkatkan insiden obesiti, kanser, penyakit kronik dan juga kematian mengejut diawal usia disebabkan mereka tidak begitu aktif di awal usia mereka.

Doktor ini meminta ibubapa untuk menekankan 3 aspek penting bagi seseorang kanak-kanak untuk mereka membesar dengsan sihat. 3 aspek itu adalah untuk

1. Meningkatkan aktiviti fizikal,

2. Mengurangkan gaya hidup yang tidak sihat (seperti asyik menghadap skrin sepanjang hari)

3. Memastikan kanak-kanak mempunyai kualiti tidur yang baik supaya mempunyai kesihatan dari sudut fizikal dan mental.

Jadi, akibat daripada kegagalan ibu bapa untuk mematuhi perkara ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mewujudkan satu garis panduan untuk ibu bapa menangani masalah ini mengikut peringkat umur.

Baca juga  Orang Selalu Lambat Merupakan Seorang Yang Kreatif

Kanak-kanak Bawah 1 tahun

Walaupun dalam keadaan terpaksa, jangan sesekali mendedahkan anak yang belum boleh merangkak tetapi secara fizikalnya sangat aktif kepada skrin. Berikan mereka waktu tidur yang cukup seperti 14 jam hingga 17 jam.

Untuk pengetahuan anda, jangan letakkan mereka dalam kerusi atau stroller lebih dari 1 jam tetapi anda disarankan untuk meletak bayi anda dalam keadaan meniarap sekurang-kurangnya 30 minit.

Untuk Kanak-kanak 1-2 tahun

Luangkan sekurang-kurangnya 180 minit dengan mereka dalam pelbagai aktiviti fizikal seperti bermain di taman permainan atau di rumah. Untuk kanak-kanak seusia ini, skrin tidak aktif seperti menoton tv atau video serta bermain komputer sangat tidak disyorkan.

Bagi anak yang berusia 2 tahun, masa yang sesuai untuk anak anda mengadap skrin adalah 1 jam sahaja, lebih dar itu lagi bagus. Serta dapatkan tidur 11 hingga 14 jam sehari.

Untuk kanak-kanak 3-4 tahun

Ibu bapa disarankan untuk meluangkan masa selama 180 minit untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan sekurang-kurangnya  60 minit untuk membuat aktiviti fizikal yang lebih berat.

Untuk mengelakan daripada mereka sedang duduk dalam keadaan yang lama, ibu bapa haruslah memain peranan untuk berinteraksilah dengan cara membaca buku ataupun menceritakan sebarang kisah kepada mereka. Serta dapatkan mereka tidur yang berkualiti di antara 10 hingga 13jam termasuk tidur ditengah hari atau petang.

Kita kena buka mata, buka hati dan pandang lebih jauh masa depan anak-anak kita, tidak adil kita jadikan masa kini sebagai penanda aras masa depan mereka. Semoga ia bermanfaat.

Sumber: Dr Latif SaadWorld Health Organization

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *