Connect with us

Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Ini Mampu Bermain Piano Seperti Profesional

Entertainment

Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Ini Mampu Bermain Piano Seperti Profesional

Memang ada saja perkara yang hebat berlaku di dunia pada hari ini. Macam-macam kebolehan yang luar biasa yang tuhan anugerahkan kepada kita. Seperti budak kecil ini yang berusia 3 tahun, mampu bermain piano seperti seorang profesional. Lagu yang dimainkan oleh budak ini agak sukar dan ini merupakan bakat yang begitu besar.

Bermain muzik menyentuh hati, membakar semangat dan mengubat kedukaan membuktikan impaknya yang besar terhadap perasaan dan pemikiran manusia. Sejak berkurun lamanya, kesan bunyi daripada gubahan irama dan melodi akan meninggalkan impak dalam kehidupan manusia. Di antara alat muzik yang dimainkan di dunia sejak dulu hingga sekarang adalah piano yang muncul sebagai alat muzik yang paling mempersona, versatil, lengkap dan paling meluas digunakan.

Kebanyakan kita mempunyai peluang untuk belajar sekurang-kurangnya satu alat muzik semasa zaman kanak-kanak kita. Sama ada ibu bapa kita yang memaksa kita pergi mengikuti kelas muzik atau kerana kita benar-benar berminat untuk memperoleh kemahiran baru, mempunyai keupayaan untuk memainkan instrumen muzik adalah sesuatu perkara yang baik.

Wow kweren pool ..

Posted by Widjanarto Budi Susetijo on Thursday, June 9, 2016

Seperti kanak-kanak dalam dalam video ini, walaupun baru berusia tiga tahun, kemahirannya bermain piano adalah amat mengagumkan. Ketangkasan jari-jarinya adalah menakjubkan. Siapa yang sangka kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun mampu memainkan lagu piano yang sukar dan laju. Kemahirannya seperti pemain piano profesional, lihat saja jari-jarinya semasa dia menekan piano.

Sungguh hebat bukan? Jom lah share kepada kawan-kawan anda untuk mengetahuinya!

Sumber: erabaru.com.my

Baca juga  Pejabat Tanah Dan Survei Diserbu Pemohon Lot Kediaman Selepas Solat Jumaat
Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Entertainment

Ke Atas
loading...
loading...