Cari...

Kesihatan

Kalau Nak Jadi Genius, Makan Makanan Yang Boleh Merangsang Otak

Kongsi

Memiliki otak yang cerdas dan pintar memang sudah menjadi keinginan semua orang. Tahukah anda? Orang yang bijak pandai ini mengamalkan pemakanan yang boleh merangsang otak mereka supaya mereka boleh belajar dengan seronok dan khusyuk.

Oleh itu, jika anda ingin jadi seperti mereka, mulalah mengambil makanan yang boleh merangsang otak. Disini ada beberapa jenis makanan yang baik untuk otak.

Ikan

Kumpulan pakar makanan sering menyarankan untuk memilih ikan yang mengandungi asid lemak bermanfaat seperti salmon kerana ia sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting untuk fungsi dan pertumbuhan otak kita.

Beberapa kajian juga membuktikan, mereka yang gemar memakan ikan mengandung omega-3 memiliki daya fikiran tajam dan mencatat hasil baik dalam ujian kemampuan mental.

Telur

Telur merupakan sumber protein iaitu kuning telur mengandungi kolin yang berkhasiat membantu perkembangan otak. Ia sangat mudah , murah juga amat berkhasiat. Jadikan makan telur sebagai rutin sebagai sarapan atau makan malam yang sihat.

Kekacang

Kacang kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang mampu melindungi membran sel otak daripada radikal bebas terutama kacang macadamia dan badam. Untuk hasil terbaik, pilihlah kacang yang rendah gula dan natrium.

Sayuran yang berwarna

Sayur yang berwarna dipercayai dapat membantu mempertahankan kekuatan dan kesihatan membran sel. Tomato, bayam atau labu ialah makanan yang kaya antioksidan. Semakin segar dan cerah warna sayuran, makin tinggi kandungan antioksidannya. Beberapa sayuran juga memiliki manfaat dalam mencegah kanser.

Sarapan dengan Oat

Oat mengandungi karbohidrat yang akan diserap secara berperingkat oleh otak selama mana kita menggunakan otak untuk belajar. Oat juga merupakan sumber vitamin E, B, Potasium dan Zink yang membantu tubuh dan otak bekerja secara optimum.

Baca juga  Penyebab Kentut Busuk Dan Cara Mengatasi

Buah beri

Sejumlah kajian menunjukkan buah beri dapat memperbaiki daya ingatan. Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam kaya zat antioksidan seperti vitamin C.

Buah beri biru dan strawberi patut menjadi pilihan terbaik untuk makanan otak kita. Dalam satu kajian menunjukkan makanan yang mengandungi kadar flavonoid tinggi dapat melambatkan penurunan fungsi kognitif otak.

Susu dan yogurt

Produk tenusu seperti yogurt merupakan makanan yang kaya protein, vitamin D dan B yang berperanan penting dalam pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Yogurt ialah makanan yang semi padat sehingga lebih mudah dicerna dalam proses metabolisme tubuh.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *