Cari...

Gaya Hidup

Kahwin Dan Cerai Sebanyak 23 Kali Dalam Setahun

Kongsi

Kahwin dan cerai? Seronok ke? Seorang lelaki di China berkahwin dan bercerai sebanyak 23 kali dalam setahun merupakan pengalaman paling malang baginya. Entah mengapa hal malang ini menimpa perkahwinannya menyebabkan beliau bercerai beberapa kali. “cah alak ikir”

Kahwin Dan Cerai

Menurut portal Shanghaiist, Biro Hal Ehwal Awam negara itu mendedahkan bahawa lelaki di Changsha, Hubei itu muncul dalam rekod mereka sebanyak 46 kali pada 2018. Ini menjadikan dia berkahwin sebanyak 23 kali dan bercerai juga 23 kali sepanjang tempoh sepanjang 12 bulan.

Lelaki yang baru sahaja bercerai buat ke sekian kalinya pada minggu lepas itu direkodkan telah beberapa kali menamatkan perkahwinannya hanya sehari selepas disatukan dengan pasangannya.

kahwin dan cerai
Foto: guide.alibaba.com

Entah mengapa ada pihak berkuasa terlepas pandang mengenai perkara ini, tapi ramai pengguna Weibo mengecam tindakannya dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terhadapnya.

Ramai membuat spekulasi dan percaya bahawa lelaki itu melakukan penipuan harta benda dan seumpamanya.

Ada spekuliasi mengatakan bahawa beliau sedang dalam usaha mengejar untuk mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness. Buat masa ini, rekod perkahwinan terbanyak dipegang Glynn Wolfe yang berkahwin sebanyak 29 kali.

‘Jangka hayat’ perkahwinannya yang paling pendek adalah 19 hari dan bertahan paling lama selama 11 tahun.

Jika di Malaysia, lelaki tersebut akan digelarkan “lelaki gila talak” dan perkara ini sangat di tegah dalam agama. Gila talak bermaksud orang yang suka kahwin, lepas tu cerai, kahwin cerai, kahwin cerai. Macam tu lah kehidupan orang gila talak. Dah gik ku ngerepak. Berkahwin dan bercerai dalam masa yang singkat boleh dikatakan lelaki ini hanya berkahwin untuk melepaskan nafsunya semata-mata.

Baca juga  Memikat Wanita Dengan Baju Emas Bernilai 235 USD Kempunan
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *