Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Jika Tidak Mampu Tunaikan, Jangan Sesekali Berjanji

Kongsi

Kadang-kadang kita berjanji untuk senangkan kerja kita tanpa fikirkan kepada orang yang kita janji. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita janji itu perkara kecil jika kita tidak penuhinya. Akan tetapi sedarlah bahawa berjanji itu amat besar kesannya jika tidak ditunaikan. Bak kata pepatah, lembu dipegang pada talinya, manusia di pegang pada janjinya.

Manusia suka berjanji, namun susah untuk mengotakan janji. Biasanya kaum lelaki suka menabur janji, dan akhirnya mereka mungkiri. Wanita jarang menabur janji, mereka hanya menerima dan menaruh harapan terhadap janji-janji yang diberi, akhirnya janji dimungkiri.

Selalunya, seseorang yang berjanji dan akhirnya dia sendiri telah memungkiri janji pasti tidak akan dipercayai lagi. Selalunya, salah seorang pasangan yang berjanji sekaligus membuatkan seseorang berharap kepadanya tetapi tidak pula menepatinya.

berjanji
Foto: ndtv.com

Memang ada lelaki yang mengotakan janji mereka, namun bukanlah semua sanggup menepati janji. Selalunya janji ditabur ketika mula berkenalan, apabila sudah dapat menangi hati pasangan, mula lupa akan janji dan akhirnya tinggal janji kosong.

Lebih-lebih lagi golongan wanita. Wanita sangat tepati janji. Jika janji tidak ditunaikan, pasti sesuatu yang ‘buruk’ bakal berlaku. Oleh itu, jangan sesekali berjanji jika anda tidak boleh tepati janji tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)


HR Ahmad

Ia juga boleh undang keretakan pada sesebuah perhubungan. Namun, perbuatan menipu itu sememangnya berdosa. Berjanji beserta ucapan InsyaAllah adalah memberi harapan. Allah SWT sendiri pernah berjanji. Janji memberi galakan dan ganjaran kepada hamba-Nya. Oleh itu, perkataan janji ini sangat berniali dan jangan disalahgunakan.

Baca juga  10 Sifat Orang Pendiam Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Sahabat

Hargai pasangan anda selagi mereka masih cinta, ketahuilah bahawa, jika wanita mula tawar hati anda seorang yang sangat rugi. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *