Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Jika Anda Mempunyai Suami Yang Kacak, Anda Harus Lebih Waspada

Kongsi

Jika Anda Mempunyai Suami Yang Kacak, Anda Harus Lebih Waspada! Memiliki suami yang kacak dan lemah lembut sudah pasti menjadi idaman semua wanita, erti lemah lembut bagi lelaki ialah apabila lelaki itu tidak pernah meninggikan suara serta tahu bagaimana untuk menghormati pasangannya, bukan ‘lembut’ yang satu lagi tu ya.

Namun, zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu dimana lelaki pada dahulunya sangat tegas dan matang dari segi segalanya. Jika anda perasan, zaman kini ramai lelaki yang nampak kacak dan segak sebenarnya memiliki naluri seperti wanita dan meminati kaum sejenis.

Suami Yang Kacak
Foto: CelotehSaje

Ramai yang berpendapat bahawa, jika anda mahu mencari bakal suami yang benar-benar ‘lelaki’, biarlah kenal lebih lama terlebih dahulu, jangan terburu-buru untuk bernikah. Mungkin sahaja teman anda itu seorang gay yang baru sahaja dikecewakan dan menerima wanita dalam kehidupan mereka hanya untuk membalas dendam terhadap pasangannya dahulu. Ini bukan kata-kata kosong, namun sudah banyak kes perceraian berlaku kerana hal-hal begitu.

Buat pengetahuan para isteri, golongan lelaki yang suka sesama lelaki ada dua jenis. Jenis pertama ialah gay (bernafsu pada lelaki sahaja). Jenis kedua adalah biseksual (bernafsu pada lelaki & perempuan). Kebanyakan suami orang yang suka lelaki adalah jenis biseksual, bukan gay. Ramai lelaki gay yang bukan pondan/lembut. Maksudnya lelaki gay sekarang ramai yang macho dan gagah perkasa. Dari luaran nampak macam normal, tetapi sebenarnya minat pada lelaki dan suami orang.

Kisah yang bakal dikongsikan ini adalah berkaitan dengan seorang lelaki yang telah terlanjur dengan suami orang dan mengaku kesalahannya.

Jadi tujuan saya tulis di sini adalah kerana nak minta maaf kepada isteri-isteri yang mana saya dah terlanjur dengan suami mereka. Saya tahu isteri diorang adalah pembaca KRT. Saya nak minta maaf kerana terlanjur dengan suami akak-akak pembaca KRT. Saya dalam proses bertaubat dan nak tinggalkan aktiviti songsang ni. Saya juga sedang membantu suami orang yang bernafsu sonsang untuk kembali ke pangkal jalan. Mohon doakan agar kami dapat hilangkan nafsu songsang ini dan menjadi normal.

Sebenarnya bukan saya seorang sahaja, tetapi ramai lelaki bujang di luar sana yang suka suami orang. Jadi nasihat saya kepada golongan isteri, jangan tayang suami anda dekat media sosial seperti facebook, Instagram. Sebab nanti lelaki bujang ni akan jatuh hati pada suami anda dan mula goda suami anda. Mereka akan ‘save’ gambar suami hensem yang di-upload oleh isteri di facebook. Sebelum tidur, mereka akan tengok gambar suami-suami hensem ni. Sedap mata memandang.

Dah ada beberapa kes yang saya jumpa. Asalnya suami orang ni normal, straight, bernafsu pada perempuan. Tetapi selepas digoda lelaki bujang, secara perlahan-lahan nafsu suami orang ni berubah menjadi songsang dan mula bercinta dengan lelaki bujang tersebut. Ada kes yang suami bercinta dengan lelaki lain bertahun-tahun tanpa pengetahun isteri, dan ada kes suami yang bercerai dengan isteri kerana suami mabuk cinta dengan lelaki lain. Ada jugak kes suami orang bercinta dengan suami orang.

Ini kisah benar sebab saya sendiri kenal dengan suami orang yang ada skandal dengan lelaki lain. Golongan suami yang suka sesama lelaki ni pandai cover line, memang susah nak detect/kenal pasti oleh isteri. Hanya kami yang boleh detect mereka, bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam.

Jadi kepada golongan isteri, waspadalah dengan perkara-perkara seperti ini, Jika anda rasa wanita muda ramai yang tergilakan suami orang, lelaki gay juga adalah ancaman terbesar buat ister-isteri. Khabarnya mereka lebih pintar melayan perasaan, kerana mereka sama-sama lelaki memahami keperluan sendiri yang belum tentu isteri boleh bagi. Sekian petikan dari Facebook/KRT

Baca juga  Mulut Bengkak, 4 Gambar Sedih Kucing Disengat Lebah

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *