Cari...

Gaya Hidup Sains

Jenis Kumpulan Darah Boleh Mengambarkan Personaliti Seseorang

Kongsi
jenis kumpulan darah

Darah boleh mengambarkan personaliti seseorang. Mengetahui kumpulan darah anda sebenarnya agak penting tetapi di negara ini masih ramai yang kurang mengambil tahu akan kumpulan darah mereka. Hal ini kerana dengan mengetahui jenis kumpulan darah anda, anda boleh mengenali diri anda melalui kajian pakar psikologi ini.

Tahukah anda bahawa jenis darah anda boleh menunjukkan personaliti anda dalam kehidupan harian? Anda boleh tengok sendiri kajian berdasarkan psikologi manusia yang menunjukkan sifat-sifat dan ciri-ciri personaliti seseorang berdasarkan jenis darahnya di bawah ini.

Jenis kumpulan darah
Foto: Ilmu Pengetahuan Umum

Jenis Kumpulan Darah A

  • Sukakan keadaan aman dan harmoni
  • Suka melakukan kerja teamwork iaitu dalam berkumpulan
  • Peramah dan mudah mesra dengan orang lain
  • Agak degil dan keras kepala
  • Seorang yang Tegas
  • Penyabar, bertimbang rasa dan penyayang
  • Workaholic, kuat berkerja sehingga kadang-kadang menjejaskan kesihatan
  • Boleh dipercayai dan diharapkan untuk sesuatu tugas
  • Menyembunyikan perasaan sebenar mereka hampir setiap masa dan cuma menunjukkannya pada masa dan waktu tertentu

Jenis Kumpulan Darah B

  • Suka besederhana dalam setiap perkara
  • Jujur dan berterus-terang dalam perhubungan
  • Suka melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri
  • Pandai bersosial, kreatif dan fleksibel
  • Multitasking, boleh melakukan banyak perkara pada masa sama
  • Seorang yang pelupa tetapi bercita-cita tinggi serta memahami orang lain
  • Suka berdikari dan tidak suka meminta tolong orang walaupun kadang-kadang memberi masalah kepada diri sendiri

Jenis Kumpulan Darah AB

  • Pandai menghormati orang di sekeliling dan membuatkan mereka senang untuk didekati
  • Seorang yang ceria dan boleh menghidupkan suasana
  • Agak lemah dalam membuat keputusan dan sering membiarkan orang lain membuat keputusan
  • Rama kawan tetapi pada masa yang sama perlukan privasi diri
  • Bersikap tenang dan pandai mengawal emosi diri
  • Agak susah untuk memaafkan orang lain
  • Agak sukar untuk menghadapi tekanan atau stress
Baca juga  Cara Untuk Mengawal Nafsu Daripada Terus Membara

Jenis Kumpulan Darah O

  • Kuat cemburu
  • Terlalu mengambil serius dalam semua perkara
  • Selalu tertekan walaupun bijak menghadapi tekanan
  • Baik hati dan suka menolong orang lain
  • Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu
  • Suka menjadi leader atau ketua dalam sesuatu kumpulan
  • Kadang-kadang agak sombong dan ego serta tidak berapa sensitif
  • Mudah terikut-ikut atau dipengaruhi orang sekeliling
  • Mempunyai masalah untuk fokus dalam sesuatu perkara

Adakah anda sudah tahu jenis kumpulan darah anda? Cuba anda bandingkan personaliti anda dengan kumpulan darah itu. Adakah ia banyak persamaan atau tidak. Jika ya, kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *