Cari...

Gaya Hidup

Jenis-Jenis Perempuan Single, Anda Jenis Yang Menunggu Atau Tak Peduli?

Kongsi

Wanita mana yang tidak ingin dicintai dan mencintai bukan? Namun bukan semudah itu untuk menerima insan bernama lelaki. Sebenarnya, hidup berdua itu lebih payah berbanding hidup sendiri.

Mungkin anda hairan, mengapa ramai wanita-wanita cantik diluar sana memilih untuk hidup sendiri daripada menjalinkan hubungan ataupun berkahwin.

Ada saja diantara mereka yang bahagia apabila hidup sendiri, jangan kata mereka sunyi ya! Adakalanya hidup mereka lebih ceria daripada anda yang telah berkahwin.

Foto: Lifestyle Okezone

Mereka juga mungkin pernah bercinta, tetapi cinta itu hanya terpisah ditengah jalan. Ada juga yang hampir-hampir mahu berkahwin, tetapi akhirnya putus kerana kecurangan. Sebenarnya banyak sebab mengapa wanita memilih untuk sendiri.

Ada diantara mereka takut untuk bercinta kerana takut dikecewakan, diduakan dan ditinggalkan. Bukan mudah menyulam cinta, jika terhenti ditengah jalan sudah pasti meninggalkan kesan yang mendalam.

Jom kenali dan selidik lebih lanjut kenapa sesetengah gadis single memberikan jawapan “tidak” apabila diajak menjadi teman hidup. Pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu yang mungkin kaum Adam perlu ketahui.


Foto: kumpulan-berita-unik.blogspot.com

Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove , seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:

1. Pencari Teman Hidup.

Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula.

Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

Baca juga  Pilih Perkara Yang Korang Suka Dalam 14 Hari Di Rumah

3. Tak Peduli.

Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu

Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk “diselamatkan” oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin

Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

6. Bebas

Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

Kepada gadis yang masih single, anda pasti tahu anda di dalam kategori yang mana. Buat lelaki pula, jika anda benar-benar mengidamkan gadis idaman anda untuk dijadikan teman hidup, usah putus asa. Teruskan mencuba! Go go chayok! hehe . Sekian petikan dari
 lyssasecret.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *