Cari...

Kecantikkan

Jenis-Jenis Buncit Yang Wanita Sangat Geruni

Kongsi

Kebanyakkan wanita sudah pasti mempunyai perut yang buncit. Selalunya bahagian perut akan mudah menonjol dari bahagian bawah dada dan ianya tidak akan terus sampai ke bahagian perut dan itu yang menyebabkan masalah ini dipanggil tres.

Wanita yang mempunyai perut yang menonjol ke depan selalu dilabel perut buncit selain dari wanita yang sedang mengandung. Masih ramai yang belum mengetahui sebab-sebab dan kategori yang berbeza. Ada juga segelintirnya sebagai petanda kehadiran penyakit.

Oleh itu, sangat penting untuk kitaambiltahu akan perut buncit andatergolong dalam kategori yang mana satu.Tiada seorang wanita pun yang menyukai perut buncit.

Tidak dinafikan zaman yang serba canggih sekarang telah menambahkan purata wanita yang mengalami perut buncit. Perut juga merupakan salah satu bahagian tubuh badan yang mempunyai keanjalan yang tinggi dan mudah mengumpul lemak. Seseorang yang mempunyai obesiti atau berat badan berlebihan tidak mengalaminya.

Berikut merupakan 5 jenis kategori perut buncit yang selalu dialami oleh wanita yang harus anda tahu.

1. Perut bentuk buah pir

siteadvisor.com

Kebanyakkan wanita yang memiliki pinggang yang ramping, akan mempunyai bahagian bawah perut yangkelihatan lebih besar dan mempunyai lebihan lemak sedikit di bahagian pinggul. Malah lemak seperti itu sangat sukar untuk dihilangkan terutama sekali di bahagian peha. Itulah yang menyebabkan bentuk tubuh seseorang itu kelihatan seperti buah pir.

Wanita yang memiliki perut buncit seperti pir faktor estrogen ataupun disebabkan oleh faktor ginetik dan hormon yang tidak seimbang. Malah hormon estrogen juga bertanggungjawab bagi menciptakan potongan tubuh badan feminin kepada wanita yang sudah akil baligh dan ia juga menjadikan bahagian punggung dan peha wanita itu menjadi bentuk bulat dan pada masa yang sama menyediakan lemak semasa mengandung.

Baca juga  Terlalu Kasar Sapu Losyen Pada Kulit, Ini Cara Sapu Losyen Yang Betul

Selalunya sel-sel lemak dibahagian ini sangat sensitif bagi hormon wanita. Apabila memiliki lemak secara berlebihan dan berat badan terus bertambah ia akan menyebabkan bentuk badan seperti buah pir. Bagi mencegah bahagian tubuh badan di bahagian bawah menjadi besar, sebaik-baiknya anda elakkan makan makanan yang mengandungi lemak tinggi yang yang berkait rapat dengan peningkatan estrogen.

2. Perut seperti wanita mengandung

hipwee.com

Tempoh tiga bulan selepas melahirkan anak, perut awanita akan masih kekal seperti mereka masih mengandung. Bahagian perut akan menjadi kendur, hilang bentuk dan menggeleber. Perut selepas melahirkan anak akan kelihatan tidak rata selepas bersalin disebabkan otot dan rahim semasa hamil menjadi lebar mengikuti tumbesaran bayi.

Sebaik saja habis melahirkan anak, kedua-dua sisi otot akan mula bersatu secara semulajadi. Jika ia tidak bersatu dengan betul, itulah yang menyebabkan perut menjadi buncit dan kelihatan besar. Selalunya permasalahan ini mengambil masa selama 5 hingga 7 bulan untuk pulih seperti biasa.

3. Perut tiroid

hellosehat.com

Mempunyai penyakit tiroid bukan saja menyebabkanbentuk perut saja yang nampak besar, malah ia juga memberi kesan pada bahagian tubuh yang lain seperti kaki dan juga lengan. Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan apabila anda merasai perubahan yang aneh pada tubuh badan anda.

Itu disebabkan oleh kelenjar berbentuk kupu-kupu di bahagian leher yangtelah menghasilkan satu hormon bagi mengawal tubuh untuk memproses kalori dalam makanan. Tanda-tanda awal tiroid yang harus anda awasi adalah apabila anda rasa mudah letih, kaki menjadi sejuk dan metabolisma terjadi lambat.

4. Bentuk perut stress

.remaja.my

Apabila anda sering rasa stress dan langsung tiada aktiviti fizikal yang dilakukan, secara tidak langsung tenaga itu tidak akan pergi ke mana-mana. Disebabkan itu, ia akan tetap tersimpandi situ dan menjadi lemak.

Baca juga  Tahukah anda, Mandi Sebelum Subuh Rahsia Untuk Kekal Awet Muda

Bagi menyelesaikan permasalahan ini, anda hanya perlukan waktu tidur yang secukupnya. Makan secara seimbang juga boleh membantu mengatasi masalah ini.

5. Perut kembung

Bentuk perut yang seakan-akan mengelembung selalunya akan kelihatan kempis sebelum makan dan menjadi kembung selepas makan. Walaupun bahagian perut semakin membesar, namun bentuk badan mereka tidak mengalami sebarang perubahan.

Salah satu penyebabnya adalah angin. Angin terjadi semasa proses makanan dihancurkan untuk masuk ke usus, manakala bakteriayang memakan makanan tersebut telah menghasilkan gas.

Sekiranya bakteria pada usus mengalami masalah untukmenghancurkan makanan, ia akan melakukan penapaian dan lebih banyakgas. Pada akhirnya, dinding perut akan menolak perut ke luar.

Bagi mengatasi permasalahan ini, sebaiknya anda elakkan makan makanan yang sukar untuk di hadam kedalam tubuh badan termasuklah makanan yang manis buatan dan pedas. Menelan terlalu banyak kandungan udara seperti mengunyak gula-gula getah ataupun minum air menggunakan straw juga boleh mengakibatkan perut kembung.

Untuk mendapatkan perut yang rata, anda harus rajin melakukan senaman. Itu saja perkongsian dari kami. Cuba anda perhatikan perut anda sekarang, yang mana satu jenis perut anda. Sekian petikan dari Karangkraft.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *