Cari...

Kesihatan

Jangan Terlalu Kerap Lembapkan Bibir Dengan Air Liur, Ini Akibatnya

Kongsi
bukanaku

Tentu anda biasa mengalami bibir kering dan merekah bukan? Musim panas yang keterlaluan seperti sekarang sememangnya memerlukan kita minum air kosong dengan secukupnya, pastikan anda mengamalkan minum 8 gelas sehari. Jika badan anda kekurangan air, bibir mula menjadi kering dan merekah.

Bila bibir kering ia akan kelihatan merekah serta pecah-pecah. Ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa untuk minum atau makan. Ramai di antara kita yang gemar menjilat bibir yang kering hingga ia menjadi lebih teruk.

Foto: Honestdocs.com

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa menjilat bibir ketika bibir kering dan merekah akan membuatkan bibir anda menjadi lebih teruk dan sakit.

Foto: Honestdocs.com

Tahukah anda bahawa air liur mengandungi enzim pencernaan termasuk amilase dan maltase yang menjadikan kulit bibir nipis serta lebih terdedah kepada alam sekitar seperti udara kering.

Anda juga boleh menggunakan pelembap bibir untuk mengawal kelembapan bibir setiap masa. Pastikan pelembap bibir tersebut bersesuaian dengan kulit bibir anda. Takut nanti luka menjadi lebih parah. Sekian petikan dari Syok.my

Baca juga  Garisan Pada Kuku Petanda Kanser Kulit
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *