Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Jangan Pamerkan Kemesraan Jika Niat Hanya Ingin Menunjuk

Kongsi

Memiliki kekasih yang cantik dan kacak adalah idaman setiap orang, apatah lagi jika kekasih anda itu memiliki sifat romantik yang menjadi idaman mereka yang masih mencari pasangan hidup. Hati-hati ya! Jangan terlalu menunjuk-nunjuk, takut nanti ada yang mula menunjukkan minat terhadap pasangan anda.

Sememangnya tidak ada salahnya untuk menunjukkan kebahagian anda bersama kekasih kepada umum, tetapi jika ianya menjadi tabiat atau terlalu sering menonjolkan sikap menunjuk, boleh jadi akan membuatkan orang yang melihatnya merasa cemburu ataupun meluat.

Kini, dengan aplikasi Instagram, Facebook mahupun Twitter telah pun menjadi tempat anda berkongsi segala rasa bersama kekasih. Namun, anda haruslah berhati-hati dalam berkongsi rasa di laman sosial, lebih-lebih lagi jika anda berkongsi keintiman anda dengan kekasih. Mari kita lihat kenapa anda tidak perlu mempamerkan kebahagiaan bersama kekasih memetik dari aliffchannel.com:

Foto: Illustrasi

1.Menjaga Perasaan Orang Lain

Jika anda memiliki ramai rakan di media sosial, pasti ada diantara mereka tidak bernasib baik seperti anda yang memiliki kekasih yang baik, cantik dan romantik. Anda seharusnya lebih peka dengan perasaan mereka dan jangan hanya tahu menunjuk sahaja.

2.Nanti Ada Yang Cemburu

Bila anda terlalu sering menunjukkan keintiman anda bersama kekasih dikhalayak ramai mahupun di laman sosial, kemungkinan besar ada yang timbul rasa cemburu dengan anda. Hati-hati! Ini adalah perkara yang serius dan kemungkinan besar mereka mampu merampas kebahagiaan anda. Jadi bersederhana adalah jalan yang terbaik.

Foto: Illustrasi

3. Perasaan Bahagia Itu Bersifat Peribadi

Perlu anda ketahui bahawa pasangan kekasih yang benar-benar bahagia selalunya tidak akan menunjukkan kebahagiaan mereka di media sosial. Hal ini kerana kebahagiaan ini adalah bersifat peribadi. Tidak perlu membuang masa untuk menayangkan kebahagiaan itu. Tidakkah anda perasan? Kebanyakkan orang yang menayang kebahagiaan berakhir dengan perpisahan.

Baca juga  Tumbuh Gigi Bongsu Sangat Menyakitkan Sampai Boleh Demam

Kesimpulan yang kita boleh buat disini, jagalah hubungan dengan kekasih anda secara kebenaran dan bukan dengan kepalsuan. Kepalsuan itu selalu ditunjuk dilaman sosial banyak mempunyai agenda tersendiri. Sendiri mahu tahu ya!

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *