Cari...

Cerita Menarik Gaya Hidup

Jangan Marah Bila Isteri Mudah Penat, Ini Sebabnya

Kongsi

Tugasan seharian kadang kala mampu memberi tekanan kepada otak manusia dan membuatkan manusia merasa letih. Wanita selalu rasa penat dan lesu kerana terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung, lagi-lagi jika sudah berumahtangga.

Bukan mudah menggalas tanggungjawab yang besar, kadang kala sehingga mengabaikan kesihatan sendiri demi menjaga kesihatan orang lain.

Pakar perubatan memaklumkan, jumlah perempuan yang sentiasa merasa letih adalah 3 kali ganda daripada orang lelaki. kebanyakan perempuan letih berkaitan dengan kekurangan beberapa elemen dalam tubuh badan seperti, besi, alkali, dan vitamin.

Foto: beritagar.id

1. Keletihan yang disebabkan kekurangan besi

Kebanyakan orang perempuan menolak makan daging, dan hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menjaga tubuh yang kurus dan kulit yang halus. Makanan tersebut tidak boleh menyediakan zat besi yang cukup dan senang mengakibatkan tubuh letih. Perempuan mesti makan 100g dagang merah termasuh daging lembu dan dagang biri-biri. Biji tembikai, hazel, biji bijan dan kekacang yang lain mempunyai banyak zat besi, dan amat baik bagi kesihatan.

2. Keletihan yang disebabkan kekurangan alkali

Ramai perempuan sering rasa letih, kehilangan ingatan, sakit pinggang, nyeri kaki, pening kepala, insomnia, dan sembelit. Namun, mereka tidak dapat mencari alasannya walaupun berjumpa doktor. Kebanyakan keadaaan tersebut diakibatkan cara hidup yang tidak baik. Jika mahu mengubah, pertama banyak bersenam, dan makan lebih banyak makanan yang mengandungi alkali, seperti ganggang laut, lobak, tahu, kacang merah, kacang soya, epal, bawang, tomato, bayam, dan pisang.

3. Keletihan yang disebabkan kekurangan vitamin

Manusia sering rasa letih jika kekurangan vitamin B1. Maka makan banyak makanan yang mengandungi vitamin B1 dapat menghilangkan keletihan, seperti makan organ haiwan, daging, cendawan, ragi, dan bawang hijau. Kekurangan vitamin B2 juga senang mengakibatkan rasa keletihan. Makanan yang mengandungi banyak vitamin B2ialah telur, susu, kacang polong, kacang buncis besar, kacang tanah, rumput laut, dan ragi.

Baca juga  Rabun Jauh Kerana Selalu Menatap Telefon Pintar Sejak Usia Setahun

Selalunya wanita sangat mengambil berat akan kesihatan keluarganya, namun kurang mengambil berat akan kesihatan diri sendiri. Jaga kesihan diri dengan banyak makan makanan yang berkhasiat. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *