Cari...

Hubungan Info Menarik

Jangan Dekati Lelaki Yang Suka Berangan

Kongsi

Mempunyai teman lelaki yang suka memberi kata-kata manis dan romantik semmangnya menjadi idaman semua wanita. Selalunya lelaki begini dikatakan sangat suka berangan. Berlainan pula dengan lelaki yang lebih mata, mereka tidak gemar meluahkan rasa cinta melainkan apabila perlu sahaja. Kerana mereka lebih tumpu pada usaha menghalalkan pasangan, tiada masa untuk mencipta kata-kata manis dan berangan.

Ramai dikalangan wanita sukakan lelaki yang kuat berangan, mereka mengatakan bahawa, tanpa angan-angan, kejayaan tidak akan dicapai. Tiada masalah untuk berangan, tetapi jika ianya hanyalah angan-angan yang tidak disertakan dengan usaha, angan-angan akan tinggal kenangan.

Foto: hipwee.com

Jika sebelum berkahwin, berangan-angan itu tiada masalah, namun bagaimana pula jika sudah berkahwin? Penyakit lelaki yang suka berangan ini perlahan-lahan boleh menghancurkan institusi kekeluargaan.

Foto: Wanista.com

Dari sikap tidak matang

Sikap matang bukan datang dari usia tapi buah fikiran yang tahu tentang beza tanggungjawab, keperluan dan amanah. Ia seiring dengan gaya percakapan dan perkongsian yang dibuat di media sosial. Kalau ia hanya berkaitan dengan kekayaan, angan-angan pakai BMW tapi tiada cerita usaha baik diam sahaja. Penulis jadi alergi dengan lelaki yang suka bercakap hebat seolah-oleh miliki lima buah syarikat tapi sebenarnya masih suka pinjam duit mak. Kalau umur sudah 20 tahun keatas tapi masih meminjam duit keluarga kamu rasa?

Mementingkan diri sendiri

Tidak peduli apa nak jadi dalam peti ais kosong atau berisi yang penting ‘angan-angannya’ tercapai. Banyak kali penulis nampak masalah ini dengan manusia yang suka melabur pada bisnes ‘skim cepat kaya’. Orang yang suka berangan tidak suka usaha. Mereka mahukan pulangan yang cepat dan terus menguntungkan dengan sanggup melakukan apa sahaja. Percaya atau tidak ada wanita berkahwin kerana suami mahu menggunakan isteri semata-mata. Foto – CollegeTimes

Baca juga  Daun Rerama Hijau Boleh Merawat Kanser Dan Pelbagai Penyakit

Tiada kesedaran

Dari pengalaman penulis sendiri mempunyai seorang rakan lelaki yang hampir 10 tahun bergelumang hidup berhutang, bisnes gagal dan keluarga pecah-belah kerana angan-angan. Sampai sekarang dia masih belum sedar tentang kesan yang ditimpa. Dalam dunia imaginasinya itu konon risiko yang diterima dalam mengejar perniagaan. Sepatutnya ambil jalan realiti cubalah bekerja tetap dan bantu keluarga tapi masih lagi mahu meminjam untuk cepat kaya. Foto – Gambling Addiction Help

Wahai wanita jangan terjerat dengan lelaki sebegini kerana setelah berkahwin kamu bakal membela ‘biawak hidup’.

Sangan penting untuk anda mencari teman hidup yang lebih matang dalam pemikiran dan juga perbuatan. Perkahwinan bukan lagi fasa berangan, ianya adalah fasa merialisasikan angan-angan. Jika anda masih tidak matang dalam menguruskan keluarga, kemungkinan besar akan menimbulkan permasalahan dalam keluarga anda. Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *