Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Janda Lebih Menggoda Berbanding Gadis Dara

Kongsi

Janda lebih menggoda berbanding gadis dara. Mengapa? Janda merupakan wanita yang telah ditinggalkan oleh suaminya atau wanita yang telah kematian suaminya. Namun begitu, ada satu persoalan yang timbul, mengapa ramai lelaki yang memilih janda berbanding gadis dara.

Ada jawapan yang mengatakan bahawa mereka lebih berpengalam berbanding gadis dara. Nampak disini bahawa, lelaki yang memilih janda kerana mereka suka layanan dari wanita yang berstatus janda kerana pengalaman mereka dalam perkahwinan yang lalu.

Ada juga mengatakan bahawa wanita janda lebih menggoda dan lebih memberi ransangan berbanding gadis dara.

Janda Lebih Menggoda
Foto: carian google

Janda yang kehilangan suami sudah tentu lebih menggoda mungkin kerana sudah lama sudah tidak dibelai dan kurangnya kasih sayang dari lelaki. Oleh kerana itu, mereka lebih nampak tertarik kerana sifat menggoda mereka berbanding gadis dara.

Jika dilihat secara umum, gadis dara tidak banyak memberi ransangan atau menggoda kaum lelaki kerana mereka masih malu-malu untuk berbuat demikian. Kurangnya pengalaman dengan lelaki menyebabkan mereka tidak menjadi pilihan.

Namun begitu, gadis dara tidaklah menjadi masalah kerana mereka kebanyakan untuk lelaki sebaya mereka iaitu remaja yang masih teruna. Maka mereka masih beruntung kerana mesih laku untuk mendapat lelaki yang masih suci dan bukannya mata keranjang kerana gilakan hubungan sulit.

1. Sangat Menggoda

Kebanyakkan janda sudah ada banyak pengalaman dalam perhubungan, maka, tidak perlu diajar macam mana cara nak goda suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa, hari-hari dia bersolek untuk suami. Tentu ramai lelaki yang suka kan?

2. Lebih Bersedia Untuk Berkeluarga

Dari segi bab perkahwinan, mereka lebih bersedia untuk fokus dunia rumah tangga. Contohnya, bab anak. Tak ada istilah “tak nak anak lagi” sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asalkan lelaki ada membantu dan tidak kedekut dalam bab nafkah.

Baca juga  Tidak Salah Jadi Perigi Cari Timba, Ini Cara Pikat Lelaki Idaman Anda

3. Tidak Banyak Berkira

Dalam apa jua masalah, mereka senang untuk tolak ansur dengan suami. Mungkin pengalaman lalu mengajar mereka jadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal.

4. Sangat Mesra

Janda kebanyakkan suka bermesra dengan sesiapa pun yang akan muncul. Mereka akan jadi lebih sangat peramah dan tak suka orang pandang rendah padanya atas ‘sejarah lalu’. Maka, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga sebelah suami.

5. Sangat Manis Berbicara

Pernah dengar orang jenis ‘mulut manis’? Ya, mereka yang bergelar janda pandai jaga hati. Tak perlu lelaki yang bermulut manis, sudah tentu lelaki cair dengar ayat-ayat mulut dari seorang janda.

6. Sangat Pandai Menjaga Keluarga

Dengan pengalaman berkahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tak akan mengulangi kesilapan yang lalu.

Jika hendak pergi kerja atau balik dari kerja, siap sudah ada nasi dan lauk dibawah saji. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak, silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan.

7. Sangat Pandai Mencari Rezeki

Bukan nak kata anak dara tak pandai cari duit tetapi pengalaman janda pernah berdiri atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua ganda berbanding orang bujang.

Paling bagus, kerja apa pun tak kisah janji duit masuk. Mereka dah biasa tak cukup tidur demi anak-anak dan uruskan hal rezeki tanpa seorang lelaki, jadi tak pelik kalau janda lebih ‘win’ bab ini.

8. Banyak Pengetahuan

Masa jadi janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu patutnya hanya lelaki yang tahu. Senang nak jawab kalau anak-anak soal. Yang tak ada anak pun, pastinya lebih suka gali ilmu dan usaha sendiri dalam segala bagai hal.

Baca juga  Tanda Pasangan Tidak Serius Teruskan Hubungan

9. Pandai Jaga Badan

Mereka cukup menjaga badan mungkin sebab nak nampak cantik walau status janda. Lebih pandai hargai body dan kesihatan untuk elak orang pandang rendah. Haaa… pernah tak berdepan dengan janda yang mahir bab jaga badan? Tergodaaaa….

10. Pandai Berjimat

Maksud berjimat di sini ialah perbelanjaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Tetapi kalau janda dah tak letak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan target mereka adalah bahagia dan ada masa depan anak-anak.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *