Cari...

Info Menarik Kecantikkan

Jamu Kunyit Asam Jawa Mampu Mengembalikan Keremajaan Anda

Kongsi

Pengambilan jamu adalah salah satu cara terbaik untuk memiliki bentuk badan yang cantik dan ideal. Malah ianya mampu memberi kesegaran pada tubuh badan setelah menggunakan jamu.

Banyak jus jamu yang dijual di pasaran, namun bukan semua yang baik untuk tubuh badan anda. Kadang kala ianya hanya sesuai mengikut jenis darah, alergi seseorang.

Memetik Blog Ummuhafiey/ Faizaleda, kami syorkan anda Jus Jamu Kunyit Asam Jawa kerana ia sesuai untuk kebanyakan orang dan senang untuk dibuat di rumah.

Mari kita lihat bagaimana untuk membuat jamu kunyit asam jawa:

Foto: alodokter.com

Jus jamu ini sering diamalkan oleh wanita dari tanah Jawa untuk menjaga kesihatan dalam dan juga merampingkan badan. Maka, tidak hairanlah mereka kelihatan begitu cantik walaupun sudah berusia. Mereka tetap nampak muda.

Jus jamu ini tidak memerlukan modal yang besar, anda boleh menggunakan bahan-bahan ini untuk membuat jamu anda sendiri.

Bahan-bahan jamu kunyit asam jawa:

1. Kunyit hidup dihiris (anggaran segenggam)
2. Asam Jawa (ikut suka)
3. Gula merah (ikut suka)
4. Halia dihiris (anggaran segenggam)
5. Air untuk merebus
6. Daun pegaga secukupnya
7. 1-2 biji manjakani

*Sukatan bahan adalah terpulang kepada citarasa masing-masing.

Cara-caranya:

1. Hiris halus kunyit hidup dan halia. Ia juga boleh dikisar jika anda mahu. Manjakani ditumbuk halus.

2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.

3. Tutup api dan tapis ke dalam mug, biarkan ia suam seketika sebelum anda minum. Ambil secawan sebelum makan.

4. Simpan lebihan jamu dalam peti sejuk.* Amalkan cuma 1-2 kali sahaja seminggu. Kerana faktor panas jika diambil kerap.

Selain melangsingkan badan, ia juga dikatakan baik untuk sistem peranakan wanita dan melancarkan haid. Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada anda semua. Sekian petikan dari bukanaku.com

Baca juga  Ramai Tertarik Dengan Fesyen Raja Permaisuri Agong
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *