Cari...

Kesihatan

Isteri Mengidam Adakah Ianya Kebiasaan Atau Mengada-Ngada?

Kongsi

Wanita hamil selalunya mengalami masalah ini, iaitu mengidam. Bukan semua wanita hamil mengalami masalah ini, hanya segilintir sahaja. Namun, adakah mengidam ini kebiasaan bagi wanita hamil atau saja hendak mengada-ngada?

Bukan semua suami memahami keadaan isteri mengidam, bagi mereka tidak mengapa jika tidak diturutkan. Tahukah anda bahawa, sangat terkesan pada isteri yang sedang mengidam jika apa yang diinginkan tidak dipenuhi.

Nampak seperti sangat mengada-ngada, namun perasaan tersebut bukan dibuat-buat. Orang tua-tua kata, yang mengidam itu bukanlah isteri anda, tetapi kemahuan anak dalam kandungannya itu. Antara punca mengidam ialah;

Foto: palembang.tribunnews.com

1. Perubahan hormon

Ia memberi kesan kepada deria bau dan rasa. Mungkin anda pernah mendengar sesetengah ibu mengandung mengatakan bahawa selerea makan atau selera bau mereka berubah setelah hamil. Jika dahulunya tidak dapat hidu bau durian, setelah mengandung anda mengidam makan buah durian pula.

2. Tubuh kurang vitamin

Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan kekurangan kalsium dan sodium serta zat besi. Badan mula rasa ingin makan sesuatu yang berkait rapat dengan apa yang tubuh badan inginkan.

3. Keinginan terpendam

Selalunya mereka mengidam sesuatu yang mereka pernah makan, boleh jadi isteri anda pernah merasa makanan tersebut dan tiba-tiba sahaja tekak ingin rasa dan makan makanan yang sama. Sesetengah suami sangat stress bila isteri mula mengidam, namun percayalah ianya akan menjadi kenangan terindah buat anda berdua.

Jika anda ingin tahu, perasaan mengidam ini adalah suatu perkara yang baik. Ia bukanlah suatu dibuat-buat atau mengada-ngada. Apabila mengidam, kita akan tahu kekurangan dan apa badan kita perlukan. Ia cara badan kita berinteraksi dan berkomunikasi. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Tumbuhan Lain Yang Mampu Merawat Luka Selain Gamat
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *