Warning: Declaration of W3TC\DbCache_Wpdb::prepare($query, $args) should be compatible with wpdb::prepare($query, ...$args) in /srv/users/serverpilot/apps/ceritamenarik/public/wp-content/plugins/w3-total-cache/DbCache_Wpdb.php on line 8
Ini Tanda Anda Ada Penyakit Emosi Cerita Menarik

Cari...

Info Menarik Psikologi

Penyakit Emosi, Tanda-tanda Yang Harus Di Ketahui

Kongsi

Setiap tiga daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (atau 29.2 peratus) mengalami pelbagai masalah penyakit emosi atau lebih dikenali mental. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, penyakit emosi dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat negara ini selepas penyakit jantung.

Menurut Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Ng Chong Guan, ramai pesakit mental enggan mendapatkan rawatan disebabkan malu dan merasakan mereka tidak sakit. Kebanyakannya lebih gemar menyimpan masalah, tidak mahu berkongsi dengan keluarga atau rakan sehingga akhirnya tekanan sukar dikawal. Ada pula bertindak ganas dengan mencederakan diri sendiri.

Ilmu perubatan dari China menjelaskan bahawa sekiranya salah-satu daripada perasaan ini muncul sepanjang waktu dan lebih dominan (menguasai diri) berbanding dengan perasaan lain, maka kemungkinannya perasaan itu menandakan adanya penyakit dalam tubuh seseorang.

Foto: giadinh.net.vn

Berikut merupakan 6 emosi dan perasaan yang dialami oleh manusia :

Selalu Gembira dan Kegirangan

Meskipun biasanya perasaan bahagia menunjukkan keadaan jiwa yang sihat, kegembiraan yang berlebihan atau euforia dapat menunjukkan keadaan fizikal dan mental yang tidak sihat. Seseorang yang selalu tampak girang sepanjang waktu berisiko mengalami gangguan jantung atau paling tidak yang lebih masuk akal adalah gangguan mental.

Selalu Gelisah dan Resah

Menurut ilmu perubatan China, rasa panik dan gelisah yang muncul sepanjang waktu juga berhubungan dengan kesihatan jantung. Terlebih jika kegelisahan itu disertai gejala-gejala seperti palpilasi (palpitations) atau jantung berdebar dan peluh dingin.

Selalu Risau

Seseorang yang selalu merasa risau kemungkinan menghadapi masalah dengan kelenjar limpa yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya. Gejala lain adalah nafsu makan berkurang, anggota badan terasa lemah, perut kembung dan menstruasi (haid) tidak teratur.

Baca juga  Jangan Dekati Lelaki Yang Suka Berangan

Tiba- tiba Sedih dan pilu

Masalah pada sistem pernafasan terutama paru-paru boleh membuat seseorang nampak selalu sedih sepanjang hari. Kebetulan, serangan asma dan radang tekak cenderung juga lebih sering terjadi dalam suasana duka, batuk-batuk lebih sering dialami orang yang hidupnya menderita.

Sering Takut

Jika bukan kerana sifatnya yang memang penakut, seseorang yang selalu ketakutan mungkin punya masalah dengan ginjal. Kemungkinan lainnya adalah tekanan berlebih pada tulang punggung bahagian bawah, infeksi saluran kencing atau gangguan fungsi seksual.

Selalu Marah

Ilmu perubatan China mengenal energi Qi, yang jika mengalami peningkatan secara berlebih kesannya boleh membuat seseorang jadi lebih pemarah. Peningkatan energi Qi juga berhubungan dengan munculnya masalah pada hati, serta berbagai gejala seperti sakit kepala, pening dan mata merah.

Jika anda mempunyai 6 masalah jiwa diatas, cuba buat sesuatu untuk mengubati perasaan anda. Kawal perasaan dan emosi anda, dan jangan biarkan emosi mengawal anda kerana kelak buruk padahnya.

Sekian petikan dari Pelikbinajaib.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *