Cari...

Islamik Psikologi

Ini Punca Kenapa Ramai Perempuan Histeria Di Asrama Sekolah

Kongsi

Punca histeria? Histeria merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.

Melalui pendekatan psikoanalisis Sigmund Freud, apabila kita berada dalam keadaan ‘terlampau’ atau ‘terlalu’, sama ada terlampau gembira, suka, sedih, segala memori ini akan masuk dengan mudah dari minda sedar ke dalam minda separa sedar.

Memori ini akan muncul semula semasa kita berada dalam keadaan separa sedar seperti ketika tidur atau histeria.

Redzuan berkata, sebab itu apabila seseorang terlampau sedih kehilangan seseorang disayangi seperti keluarga atau kekasih, mereka akan dapat lihat wajah, bayangan atau lembaga seperti ia hidup kembali di hadapan mereka.

Pakar psikiatri dan pakar perubatan lain mempunyai beberapa teori lain bagi menggantikan histeria dengan istilah yang lebih eufemistis yang bersamaan. Ini termasuk “psikosomatik”, “fungsian”, “nonorganik”, “psikogenik”, dan sebagainya.

punca histeria
Foto: soscili.my

Punca Histeria

Majoritinya berlaku kepada golongan wanita yang kesemuanya berkeadaan lemah dan tidak suci malah sudah lama tidak solat, baca al-Quran, berzikir kerana sentiasa berkeadaan takut di mana-mana berada.

“Dari pengalaman saya, majoriti hanya bangsa Melayu mengalami histeria ini. Ini kerana mereka banyak dipengaruhi minda separa sedar tertanam sejak kecil bahawa ada ‘hantu’ di tempat gelap, di sebalik pokok besar, ada hantu merayau di waktu Maghrib dan tengah malam serta pelbagai lagi hingga jadi kepercayaan yang mereka tidak sedar.

Redzuan

“Saya akui dalam ilmu perubatan Islam, ada waktu sesuai iblis mengganggu manusia dan tempat disukainya. Namun saya akan lebih mengaitkan dengan kepakaran saya dalam ilmu psikologi,” katanya.

Redzuan

Lemah emosi  

Ada mereka yang dewasa dan mempunyai ilmu akademik tinggi, namun apabila berlakunya keadaan menakutkan mereka, memori semasa kecil atau peristiwa ngeri pernah berlaku ini hadir semula.

Baca juga  Molekul Air Berubah Menjadi Bentuk Kristal Setelah Dibacakan Doa

Redzuan berkata, ia menghantui fikiran hingga berlakulah kes histeria berjangkit hingga mengalami histeria beramai-ramai dalam satu masa.

Menurutnya, Rasulullah SAW juga pernah berdoa kepada ALLAH SWT agar dilindungi daripada diganggu makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut berbunyi, “Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu ALLAH, aku mohon perlindungan ALLAH daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan turun atasmu, kejahatan melata atasmu seperti binatang berbisa dan makhluk halus mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka”.

Gangguan Secara Berkumpulan

Histeria ini boleh terjadi disebabkan pelbagai punca. Antaranya pertama, kawasan belukar berdekatan sekolah dicerobohi untuk buat pembinaan dan sebagainya. Kedua, stor atau kelas yang jarang digunakan mula dijadikan kawasan berhimpun.

Dua jenis lokasi itu biasanya jin mendiami kawasan itu jenis berkumpulan.

Jin jenis histeria ini biasanya berkumpulan dan jenis berpindah randah. Pendek kata jin jenis kaum nomad. Biasanya, ia mengganggu manusia juga secara berkumpulan.

Ada juga histeria disebabkan jin jenis mengganggu seseorang yang ‘sakit’, iaitu dalam tekanan perasaan dan sebagainya. Bila keadaan begitu, ia bagaikan beri ilusi pada pesakit. Pesakit tadi dapat terlihat ‘benda-benda’ mengganggu itu.

Histeria ini ini boleh berlaku bila-bila masa. Namun apabila keadaan tension memuncak contohnya di asrama-asrama sekolah menengah dekat dengan musim peperiksaan. Perkara ini ibarat menyiram petrol pada api membara. Maknanya mudah berlaku di kala tension memuncak.

Antara pengalaman saya tak dapat lupakan dalam berdepan pelajar histeria di sekolah semasa seorang pelajar membantu rakan sedang dirasuk menceritakan detik-detik dia dirasuk.

Mula-mula terasa panas di belakang, kemudian panas dan semakin panas. ‘Benda itu menampakkan diri pada pelajar tadi, lalu pelajar tadi menjerit’.

Baca juga  Manfaat Hebat, Ruginya Di Akhir Sujud Tak Baca 3 Doa Ini

Sebagai perawat, langkah mengubati pelajar terkena histeria ini, pertama asingkan mereka di satu tempat berasingan dengan pelajar yang tidak bermasalah.

Langkah kedua, mereka akan dipulihkan dengan rukyah syarieyah, iaitu bacaan ayat-ayat penghalau dan pembakar jin. Langkah ketiga, mereka terkena rasuk mesti segera berwuduk dan berzikir apabila telah pulih.

Azan tujuh kali yang kuat juga boleh menghalau histeria dengan segera.

Apa boleh dilakukan pelajar, guru atau orang sekeliling bila histeria berlaku? Guru-guru lelaki mesti bantu perawat yang mahir selok-belok gangguan ini sebab fizikal orang kena rasuk ini kuat.

Sembunyikan segera benda tajam. Bawa pelajar ini di tempat terlindung supaya lindungi aibnya. Tempat terbaik di surau. Himpunkan pelajar yang kena rasuk, tapi jangan letak berdekatan.

Nasihat saya untuk elak histeria ini, sentiasa baca tiga qul, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Hembus di tapak tangan dan sapu dari kepala hingga hujung kepala. Sentiasa berwuduk, hati sentiasa berzikir, jaga solat lima waktu, berdoa pagi dan petang, membaca Mathurat dan doa-doa terpilih.

Jika pelajar itu lemah bacaan al-Quran sekali pun, mesti tetap berzikir supaya jadi benteng. Zikir mudah, subhanallah..alhamdulilah..Allahuakbar!

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *