Cari...

Islamik

Ini Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Pasal Suami Sering Mendiamkan Diri

Kongsi

Suami mendiamkan diri? Kita sering mendengar perihal wanita, tentang sensitiviti mereka dan mengapa mereka sering berubah sikap. Tetapi sejauh mana kita tahu tentang sensitiviti insan bernama lelaki?

Mungkin anda perasan, sikap pasangan anda yang kadang kala suka mendiamkan diri dan suka memendam rasa yang kamu tak pernah nak fahami.

Kenapa Suami Mendiamkan Diri Jika Ada Masalah?

Jawapannya, sebab lelaki ada ego yang tinggi!

Sifat ego yang tinggi pada lelaki menjadikan diri mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain. Hatta dengan isteri mereka sendiri.

Seboleh-bolehnya, bila ada masalah lelaki akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Bahkan, dia akan berasa cukup puas sekiranya dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa bantuan orang lain. Rasa macam hero!

Sebab itu bila lelaki ada masalah, mereka cenderung untuk berdiam. Dalam diam, lelaki akan berfikir mencari solusi dan mengatur langkah untuk menyelesaikan sebarang masalah.

suami mendiamkan diri

Bila Lelaki Buntu

Sekiranya gagal menyelesaikan masalah tersebut sendiri, kaum lelaki akan perlahan-lahan merendahkan ego untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain.

Kalau nak berkongsi masalah, dia akan mencari kawan yang betul-betul dipercayai dan boleh membantunya mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Berbeza dengan wanita, lelaki berkongsi masalah bukan semata-mata untuk meluahkan perasaan dan melegakan emosi. Bahkan, apa yang lebih penting bagi lelaki adalah mereka mendapat solusi kepada masalah yang sedang difikirkan.

Jadi, berilah peluang kepada suami anda keluar minum di luar dengan kawan-kawan terutama bila dia ada masalah. Dia keluar bukan untuk berfoya-foya, tapi untuk mengurangkan kekusutan dalam hati.

Sekiranya suami anda berkongsi masalah dengan anda, selain memberikan sokongan emosi, cuba fahamkan betul-betul masalah mereka dan berikan cadangan solusi kepada masalah tersebut. Barulah ada ciri-ciri isteri mithali.

Baca juga  Sebab Mengapa Janin Hasil Anak Luar Nikah Mudah Dilahirkan

Cara Nak Memotivasikan Suami

Sifat ego yang ada dalam diri lelaki menjadikan diri mereka lebih dihargai apabila kehadiran mereka diperlukan dan mereka berasa seakan-akan memimpin dan berkuasa. Bahkan, memang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga untuk memberikan yang terbaik buat anak dan isteri.

Oleh itu, selain daripada mengucapkan “I love you”, ucapkan juga “Bersyukur saya ada suami macam abang, kalau tak ada abang, saya tak tahulah apa yang akan berlaku dengan hidup saya.”

Bila suami merasakan dia sangat dihargai dan diperlukan, sudah pasti mereka sudi memberi yang lebih baik kepada isteri dan anak-anak tersayang.

Sumber: cari.com.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *