Cari...

Antarabangsa Berita

Influenza A, Siapakah Yang Menyebarkan Virus Ini?

Kongsi
influenza A

Cerita Menarik hari ini, virus influenza A, tersebar di kawasan Selangor baru-baru ini. Di sini menimbul persoalan, dari manakah datangnya virus influenza A ini? Siapakah yang mencipta virus ini? Siapakah harus bertanggung jawab dalam masalah ini?

Memetik berita dari laman https://www.bharian.com.my, Jabatan Kesihatan Selangor (JKS) memaklumkan sehingga kini terdapat dua lokasi berlaku wabak penyakit Influenza A iaitu di Cyberjaya dan Klang.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata wabak pertama dilaporkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya membabitkan 20 pelajar dan seorang guru.

“Semua mangsa mengalami demam, batuk dan selsema serta sudah disahkan positif Influenza A.

“Sehingga kini, seramai 20 mangsa sudah mendapatkan rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang, manakala satu kes yang membabitkan seorang pelajar lelaki dimasukkan ke sebuah hospital swasta. Bagaimanapun, keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Dr Sha’ari berkata, kejadian berkenaan terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan, malah tiada penutupan sekolah di Selangor akibat penularan jangkitan influenza ini.

Katanya, lokasi wabak kedua berlaku di Klang membabitkan dua beradik dan kedua-dua mangsa sudah mendapatkan rawatan.

“Seorang daripada mangsa masih dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi dirawat pesakit luar serta sudah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Dr Sha’ari berkata, siasatan lanjut Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati tiada kaitan antara dua kes berkenaan.

Beliau berkata, influenza adalah jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi serta kelesuan.

“Jangkitan influenza atau flu sangat mudah berlaku, justeru penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, serta kem tentera atau polis.

Baca juga  Bruno Fernandes Diberi Petunjuk Kepada Manchester United di Twitter

“Wabak disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema yang ringan pada orang biasa, tetapi boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata, komplikasi akibat jangkitan influenza teruk dialami golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi menyebabkan kematian.

Katanya, orang awam terutama golongan berisiko tinggi digalak mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan fasiliti kesihatan swasta.

“Bagi mencegah penularan jangkitan influenza, orang ramai diingat sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

“Pada individu yang mempunyai gejala jangkitan influenza dinasihatkan berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Jika perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan memakai penutup mulut dan hidung,” katanya.

Diatas adalah berita yang di sampaikan oleh berita harian.

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *