Cari...

Kesihatan

Implan Alat Perancang Keluarga Selamat Digunakan

Kongsi
implan alat perancang

Merancang keluarga harus difikirkan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Dengan pendapatan yang ada, haruslah merancang dengan sesuai dengan kadar jumlah anak yang mampu di sokong sehingga ke sekolah tinggi.

Jadi, bila merancang cukup untuk bajet keluarga, pentingnya ada implan alat perancang ini. Implan merupakan kaedah perancangan keluarga yang mengandungi hormon progesteron. Tempoh maksimumnya selama tiga tahun.

Implan seperti rod sebesar saiz batang mancis yang ‘ditanam’ pada bawah kulit manusia dan lazimnya pada lengan. Ia akan mengeluarkan hormon secara sedikit demi sedikit dan automatik serta bertindak menghalang kesuburan dan ovulasi.

Implan yang dipasang tidak akan berubah lokasinya. Namun, terdapat kes kehilangan yang melibatkan beberapa situasi iaitu implan terbenam dalam sedikit daripada paras kulit semasa disuntik masuk.

Akan tetapi, implan turut boleh berubah lokasi apabila pemakainya naik berat badan dan situasi implan tercabut sejurus selepas pemasangan. Ia juga mungkin berlaku jika luka ketika proses pemasangan belum sembuh sepenuhnya atau semasa plaster luka dicabut.

Jika masalah itu berlaku, implan boleh dikesan melalui pengimejan resonans magnetik atau ultrasound untuk proses pengeluaran dibuat. Faham?

Pemasangan Implan Pada Lengan

Harus difahami implan yang sudah habis tempoh dan ditinggalkan dalam badan tidak memberi apa-apa kesan pada kesihatan. Ia dianggap sebagai benda asing yang tidak berfungsi dan harus dikeluarkan. Secara amnya, implan selamat digunakan, begitu juga dengan semua kaedah perancang keluarga yang lain (artificial).

Namun tidak dinafikan bahawa alat itu mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan. Antara kesan yang dikaitkan dengan alat itu, ia dikatakan boleh mengganggu haid, berat badan meningkat dan pengeluaran susu ibu berkurangan.

Tapi, kesan sampingan itu bergantung kepada pengguna dan ada yang tidak menghadapi masalah. Namun, kaedah berkenaan lebih tinggi keberkesanannya berbanding jika perancangan secara alami.

Baca juga  Atasi Cuaca Panas Dengan 3 Cara Ini

Untuk memastikan implan yang dipasang berfungsi sebaiknya, anda harus sentiasa memastikan luka bekas suntikan sembuh. Buat pemeriksaan sendiri dengan merasa lokasi implan sentiasa kekal pada bawah kulit.

Selain itu, pastikan anda tidak lupa dengan pemeriksaan berkala bersama doktor terutamanya sebelum tamat tempoh atau jika haid tidak teratur.

Mengikat Peranakan Tidak Akan Mempengaruhi Susu Ibu

Anda boleh mengikat peranakan atau bilateral tubal ligation merupakan kaedah perancangan kekal buat ibu yang merancang keluarga.

Kaedah itu menggunakan benang atau klip untuk mengikat dan menyekat tiub fallopian. Tiub berkenaan juga berperanan menyekat ovum dan sperma bersenyawa.

Berbanding implan atau kaedah lain, ikat peranakan tidak mengganggu sistem pengeluaran hormon yang lain. Ia tidak menjejaskan kesuburan, kedatangan haid lancar dan pengeluaran susu badan tidak berubah.

Proses pengeluaran susu banyak bergantung pada psikologi terutamanya rangsangan sentuhan dan hisapan daripada bayi. Selain itu, anda perlu mengambil makanan seimbang untuk memastikan susu ibu cukup.

Ramai percaya lobak putih boleh merangsang pengeluaran susu ibu, namun tiada bukti yang kukuh. Untuk merangsang pengeluaran susu ibu, anda boleh mendapatkan ubat di farmasi seperti metoclorpamide dan motilium. Semoga jawapan yang diberikan memberi pencerahan kepada anda.

Foto: Daily Rakyat

ANEKDOT

Kaedah Alat Perancang Keluarga:

1. Suntikan hormon

Hormon sintetik berfungsi mencegah ovulasi. Lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma serta dinding rahim menjadi nipis hingga tidak sesuai untuk pelekatan janin. Ia berkesan selama 12 minggu (tiga bulan). Suntikan susulan patut diberikan setiap 12 minggu untuk memastikan ia sentiasa berkesan.

2. Pil perancang

Terdapat dua jenis pil iaitu pil kombinasi estrogen atau progesterone dimakan selama 21 hari dan kedua pil progestrone dimakan selama 28 hari dan berterusan. Namun, jika terlupa mengambil pil risiko untuk mengandung adalah tinggi.

Baca juga  Khasiat Kunyit Hitam Untuk Viagra Semula Jadi, Saraf dan Membina Otot

3. Alat IUCD

Intra Uterine Contraceptive Device atau dipanggil IUCD diperbuat daripada bahan khas yang mempunyai benang. Ia dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj dan dikeluarkan apabila genap tiga tahun. Berfungsi menghalang sperma daripada memasuki rahim dan mencegah pelekatan janin pada dinding rahim.

4. Bilateral tubal ligation

Kaedah kekal untuk menghalang proses berlakunya persenyawaan antara benih telur dan sperma. Menggunakan benang atau klip untuk mengikat dan menyekat tiub fallopian. Ia menghalang proses persenyawaan.

5. Implan

Sejenis rod plastik berbentuk batang mancis yang terdiri dari hormon progestin sintetik. Dimasukkan bawah kulit selalunya pada bahagian lengan. Hormon yang dikeluarkan akan bertindak menghalang kesuburan dan ovulasi tidak berlaku.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *