Cari...

Antarabangsa

HuaWei Tidak Lagi Boleh Guna FB Apps

Kongsi

Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China itu.

Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di negara itu ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.

Menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini, tetapi pelanggan baharu tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Kebanyakan penjual telefon pintar gemar menyertakan tawaran pemasangan aplikasi popular seperti Facebook, termasuk Twitter dan Booking.com di dalam telefon pintar Huawei.

Setakat ini semua syarikat terbabit enggan memberikan sebarang reaksi terhadap perkembangan terbaru itu.

Langkah Facebook sudah pasti menjejaskan prospek jualan telefon pintar Huawei Technologies Co Ltd, yang menjana pendapatan terbesar tahun lalu, disokong pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia.

Sumber: berita harian

Baca juga  Kisah Wanita Sanggup Ikat Wayar 4,000 kali Sehari
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *