Cari...

Gaya Hidup

Hanya Kerana langgar lampu Isyarat, Polis Tembak Dan Biarkan Mangsa Berlumuran Darah

Kongsi

Melanggar lampu isyarat adalah salah satu masalah yang seringkali kita dengar, bagi mereka yang tidak menghiraukan undang-undang jalan raya, sudah pasti ianya hanyalah perkara biasa. Tahukah anda bahawa dengan perbuatan anda itu mampu mencederakan pengguna jalan raya yang lain?

Semalam, seorang lelaki telah menuntut keadilan diatas kecederaan yang berlaku terhadap anak saudaranya akibat ditembak  oleh anggota polis trafik. Muhd Alif Aiman bin Anuar, 21 yang bekerja sebagai tukang paip telah ditembak semasa sedang membonceng motosikal bersama rakannya.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, ibu mangsa yang dikenali sebagai Hashimah Mahmood, 49, berkata, dia difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu ditembak selepas melanggar lampu isyarat.

Foto: Berita Harian

Keengganan rakannya memberhentikan motosikal menyebabkan polis trafik mengejar mangsa dan melepaskan tembakan. Kesan daripada tembakan yang dilepaskan, peluru tersebut  telah terkena bahagian tangan kirinya.

Foto: Berita Harian

Namun begitu, selepas ditembak, anggota polis tersebut hanya membiarkan dia berlumuran darah dan membiarkan sahaja di bahu jalan tanpa membantu menelefon ambulans.

“Berdasarkan apa yang diberitahu anak saya, selepas ditembak, anggota itu meninggalkan anak saya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak membantu menghubungi ambulans. Perbuatan anggota itu tidak wajar.” – Ibu

Laporan polis telah dibuat

Foto: Berita Harian

Laporan polis daripada pihak polis trafik

Foto: Berita Harian

Menerusi perkongsian daripada sumber, rata-rata netizen mulai mempersoalkan tindakan yang diambil oleh anggota polis tersebut yang melepaskan tembakan sewenang-wenangnya. Mereka juga meminta agar kes ini disiasat seadilnya bagi membela nasib mangsa.Sekian petikan dari Berita Harian

Baca juga  Pilihlah Calon Suami Yang Mempunyai Ciri-ciri Seperti Ini
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *